Aktif dan sihat bersama IKRAM Cycling Club

Menurut wakil kelab, Md Zabri Md Zain, seramai 10 peserta kayuhan menyertai kayuhan bersempena pelancaran tersebut.

 

“Kayuhan santai dilakukan bermula dari perkarangan Pusat Komuniti IKRAM Pulau Pinang sehingga ke Persiaran Karpal Singh melalui trek berbasikal tepian pantai sejauh 20 kilometer.”

 

Tambahnya, antara tarikan menarik sepanjang kayuhan ialah pemandangan Jambatan Pulau Pinang dari tepian pantai.

 

Pelbagai jenis basikal menyertai kayuhan kali ini termasuk dari jenis RB (RoadBike), MTB (MountainBike) dan basikal lipat (folding bike).

 

Para peserta terdiri daripada lelaki dan perempuan dalam lingkungan umur 10 hingga 60 tahun dari sekitar Pulau Pinang dan Seberang Perai Utara.

 

Menurutnya, semua peserta dipastikan memakai topi keledar basikal, berada dalam keadaan sihat dan menjaga penjarakan fizikal.

 

“Untuk makluman semua, tujuan kelab ini ditubuhkan ialah untuk menggalakkan aktiviti berbasikal di semua peringkat umur.”

 

Jelasnya, visi kelab berbasikal ialah menjadikan rakyat Malaysia aktif dan sihat dengan moto kelab Health – Ukhuwwah – Peace.

 

Penyertaan kelab ini terbuka kepada semua. Bagi orang ramai dan ahli IKRAM di sekitar Pulau Pinang yang ingin menyertai aktiviti kelab ini boleh menghubungi Md Zabri di talian 019-5459356.

 

Pihak IKRAM Cyling Club turut mengucapkan terima kasih kepada Saudara Adnan Mohd Farouk dari kedai Basikal Penang atas kesudian menaja sebahagian daripada kos baju sukan kelab basikal tersebut.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia