Akademi sukan dron pertama Malaysia dilancar

SERI KEMBANGAN – Futurise Sdn Bhd (Futurise) mengumumkan pelancaran Akademi Kecemerlangan Sukan Dron Negara (AKSADRON) yang pertama di Malaysia bertempat di Kuantan, Pahang.

 

AKSADRON akan menjadi hab untuk perlumbaan dan aktiviti dron berprestasi tinggi, selain merupakan zon sukan dron pertama di negara ini dengan menampilkan trek perlumbaan bagi menganjurkan acara sukan tersebut di peringkat antarabangsa.

 

“Sektor dron kini sedang mengalami perkembangan pesat di seluruh dunia dan Malaysia berada dalam kedudukan yang baik untuk memanfaatkan peluang tersebut,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Futurise, Rosihan Zain.

 

Beliau berkata, teknologi dron mempunyai banyak potensi menarik untuk dikembangkan dalam pelbagai sektor, daripada pertanian kepada pertahanan yang telah terbukti mampu menjadi faktor pengubah dalam transformasi industri.

 

“AKSADRON juga akan menonjolkan bakat rakyat Malaysia dengan kepakaran UAV peringkat tinggi yang diperlukan melalui pelbagai program latihan yang akan diadakan.”

 

Menurutnya, akademi ini akan menjadi sebagai tempat rekreasi dan juga pusat penciptaan inovasi dengan memupuk sukan perlumbaan dron sambil melahirkan bakat baharu yang sangat mahir untuk kegunaan pelbagai sektor,” katanya.

 

“AKSADRON akan menampilkan trek perlumbaan dron diiktiraf antarabangsa dengan ruang untuk pengawal dron (pilot pit), tempat penonton dan menara kawalan.”

 

Dalam pada itu, ia akan menjadi pusat sehenti cemerlang untuk peminat sukan dan juga pakar teknikal dron dengan kemudahan lengkap termasuk bilik darjah, bengkel, simulator penerbangan, ruang kerja dan penginapan.

 

“Tapak untuk pusat seluas kira-kira 3.15 ekar tersebut terletak di Tasik Paya Bungor, Paya Besar, Kuantan dan dikelilingi oleh kawasan lapang yang sesuai untuk aktiviti penerbangan dron berprestasi tinggi. AKSADRON dijangka dibuka kepada umum sebelum akhir tahun.”

 

Akademi itu juga akan mempelopori program pembangunan kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) untuk memupuk lebih ramai rakyat Malaysia menyertai industri tersebut yang sedang berkembang.

 

Selain itu, pelancaran AKSADRON merupakan langkah penting ke arah memenuhi aspirasi negara untuk menjadi pemain utama dalam industri dron global dan hab dron rantau ASEAN.

 

Dengan AKSADRON, akan dapat melihat lebih ramai rakyat Malaysia berbakat dihasilkan bagi memenuhi permintaan industri dron yang semakin berkembang di negara ini dan seluruh dunia. Ia juga akan menjadi pemangkin untuk merangsang dan melahirkan belia mahir dalam sukan tersebut.

 

Selain itu, sebagai zon sukan dron pertama di negara ini, AKSADRON akan membantu membuka pintu kepada bakat-bakat di Pahang dan seluruh Pantai Timur, mewujudkan pelbagai aktiviti ekonomi dan memastikan pertumbuhan inklusif dan pembangunan saksama untuk semua.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia