Ajal Israel semakin dekat

Beliau berucap kepada kira-kira 1,000 peserta Himpunan Selamatkan Al-Quds di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) selepas berarak bersama-sama dari Masjid Tabung Haji ke sana setelah solat Jumaat pada 2 Oktober lalu.

“Tempat ibadah sesebuah agama adalah mulia dan adalah suci.

“Jadi apabila ada manusia yang cuba mencemar, yang cuba bertindak kurang ajar pada mana-mana tempat ibadah termasuklah Masjid al-Aqsa pada hari ini, ia adalah manusia paling kurang ajar,” tambah beliau.

Jelas beliau, jika Israel mahu pulang awal (mati), sila berbuat demikian kerana seluruh dunia bersatu mengutuk perbuatan kurang ajar mereka terhadap Masjid al-Aqsa dan menegaskan bahawa masjid tersebut tidak akan sama sekali dibahagi-bahagikan. #WillNotBeDivided

“Sesiapa yang berani mencemarkan Masjid al-Aqsa, bererti bersedia untuk apa? Bersedia untuk menemui Penciptanya (Allah) dengan cepat dan tanpa tangguh,” ujar Dr Hafidzi yang juga Pengerusi Humanitarian Care Malaysia (MyCARE).

Turut berucap wakil Pemuda UMNO, Majlis Belia Malaysia (MBM), HALUAN, Palestinian Cultural Organization Malaysia (PCOM), Parti Amanah Negara (AMANAH), PKPIM, KL Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH), GPMS, Angkatan Muda Keadiln (AMK), Majlis Belia India Malaysia (MYIC) dan Kesatuan Ulama Sedunia (Cawangan Malaysia) serta wakil Ahli Parlimen Malaysia.

Sementara itu, Mohamad Raimi Ab Rahim (Presiden ABIM) dan Hj Mohd Azmi Abdul Hamid (Presiden MAPIM – gambar) mewakili Gabungan Selamatkan Al-Quds dan lebih 40 NGO telah bertemu dengan wakil kedutaan AS, Bernard J. Green dan menyerahkan memorandum bantahan rakyat Malaysia terhadap pencerobohan Masjid al-Aqsa.

Meskipun disambut wakil kedutaan, Hj Azmi dengan tegas menyatakan, “Ini bukan urusan diplomatik. Ini urusan Hari Kemarahan (A Day of Anger).”

Antara isi memorandum tersebut ialah menuntut supaya AS bertindak menghentikan keganasan Israel, Masjid al-Aqsa adalah hak orang Islam, tidak boleh dibahagi-bahagikan dan orang Yahudi tidak dibenarkan masuk sama sekali di samping menuntut dikeluarkan semua penduduk Israel dari kawasan Jerusalem dan al-Aqsa, serta Israel mesti dipertanggungjawabkan terhadap semua tangkapan dan kerosakan yang berlaku di Masjid al-Aqsa.

Wakil kedutaan mengalu-alukan kedatangan wakil gabungan, berjanji untuk bekerjasama dan menyampaikan mesej memorandum tersebut kepada dutanya, Joseph Y. Yun dan pihak White House dengan segera.

“Ini bukan kali pertama, ini bukan kali kedua, ini bukan kali terakhir, kita akan berulang di tempat kamu untuk pastikan kamu hentikan kezaliman, kamu hentikan penindasan ini,” kata beliau kepada Bernard.

Himpunan bersurai secara aman kira-kira jam 3.30 petang selepas ucapan wakil gabungan yang berjumpa pihak kedutaan AS dan bacaan doa. Sekalung perhargaan buat pihak penganjur, peserta himpunan dan pasukan polis yang mengawal himpunan.

Foto Himpunan
1. IKRAM: http://on.fb.me/1OeIC5y | http://on.fb.me/1YZukcv
2. Aqsa Syarif: http://on.fb.me/1PX5GmS | http://on.fb.me/1M8xJfH | http://on.fb.me/1Lb1rUF
3. Palestinian Cultural Organisation Malaysia: http://on.fb.me/1Lb0Wu1 | http://on.fb.me/1KT0Gyp
4. Save Al-Quds: http://on.fb.me/1QRvKA1 | http://on.fb.me/1L9YEHd
5. Al-Quds Foundation Malaysia: http://on.fb.me/1KT0yyL | http://on.fb.me/1L6sBYs | http://on.fb.me/1Lb1b8j | http://on.fb.me/1PX68S0 | http://on.fb.me/1WF1aNQ

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia