Air Force The Movie: Selagi Bernyawa – Ulasan Filem

Air Force The Movie: Selagi Bernyawa - Ulasan Filem | IKRAM

Pada 31 Ogos 2022, saya berkesempatan menonton filem ‘Air Force The Movie: Selagi Bernyawa’ [1]. Bertepatan dengan sambutan kemerdekaan, filem ini memberikan impak yang mendalam kepada penonton terhadap barisan pertahanan negara.

Filem yang mengetengahkan aset dan kecekapan pasukan khas yang berada di medan tempur sangat mengujakan. Ia juga melahirkan rasa bangga sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai pasukan yang hebat.

Filem ini juga memberikan gambaran bahawa Malaysia tidak ketinggalan dalam mempersiapkan dan memiliki aset yang canggih serta pasukan pertahanan dan tempur yang padu dan terlatih.

Bertepatan dengan sambutan Bulan Kebangsaan yang memperagakan aset dan pasukan pertahanan negara di Dataran Merdeka semalam, menonton filem ini dapat menghubungkan antara gambaran fizikal dari Dataran Merdeka ke dunia realiti dalam adegan pertempuran.

Apatah lagi pesawat Sukhoi ‘pacak’ yang tular di Tiktok dengan adegan Mantis dalam filem ini yang membuat helah tiba-tiba mencanakkan jetnya ke atas dan berpusing ke belakang.

Pesawat itu dengan sekelip mata dari menjadi buruan musuh kepada pemburu musuh dan akhirnya berjaya menembak jatuh pesawat juang lawan dalam usaha menyelamatkan sahabat seperjuangan di Namburi.

Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Hj Badlishah Sham Baharin yang turut menyaksikan filem ini mengakui memang banyak peningkatan kualiti filem sekarang yang diterbitkan oleh rakyat Malaysia, dari segi perjalanan, susunan aksi boleh dikatakan ‘almost real’.

“Aksi-aksi yang melibatkan kapal terbang, helikopter dan sebagainya juga sangat baik diaksikan,” katanya.

Jelasnya, filem ini memberikan satu mesej bahawa kita harus berterima kasih dan menghargai jasa pengorbanan angkatan tentera negara yang bertungkus lumus menjaga keselamatan dan mempertahankan negara daripada sebarang ancaman musuh.

“Kita juga sebagai rakyat perlu memainkan peranan kita sendiri, bersama bersatu padu menggembleng tenaga kita untuk mempertahankan negara,” gesa beliau.

Penulis (kanan) bersama rakan

Filem ini yang ditayangkan dalam ‘mood’ sambutan kemerdekaan sangat mengesankan jiwa. 

Walau terdapat kelemahan-kelemahan dalam jalan cerita, namun ia juga dapat dijadikan satu kebanggaan hasil kerja anak seni tempatan yang mana taraf filem ini boleh dikatakan sangat baik dengan aksi di udara mahupun di medan tempur di darat. 

Mengambil semangat sambutan Hari Kemerdekaan dan juga cerita daripada filem ini, sudah pasti ia melahirkan rasa insaf akan perjuangan barisan pertahanan dalam menjaga keamanan negara yang tercinta ini.

Ramai warga Tiktok terutamanya melahirkan rasa terharu dan hormat atas pengorbanan mereka. Ada juga yang mengalirkan air mata melihat perbarisan barisan pertahanan negara semalam di Dataran Merdeka. 

Namun, ada juga yang memberikan komentar di Tiktok, “Negara kita ni bagus, rakyat majoriti bagus, tapi pemimpin negara kita yang bermasalah.”

Semoga negara kita ini terus merdeka bukan sekadar daripada penjajahan sebenar, namun daripada pelbagai unsur-unsur lain yang boleh membantutkan kemajuan dan kemakmuran negara. Semoga negara yang tercinta ini juga merdeka dengan ditadbir oleh pemimpin yang amanah.

Siti Hamisah Manan
Ketua Jabatan Komunikasi Strategik dan Multimedia
Pertubuhan IKRAM Malaysia

[1] Tayangan Air Force The Movie: Selagi Bernyawa di GSC Starling Mall bersama kira-kira 100 peserta merupakan program anjuran bersama IKRAM dan Christians for Peace and Harmony Malaysia, iaitu sebahagian daripada program Sambutan Bulan Kebangsaan 2022. Info lanjut sambutan boleh dilayari di https://ikram.org.my/sambutan-bulan-kebangsaan-2022/

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia