Aidilfitri: IKRAM Hadiri Majlis WADAH-ABIM-PKPIM dan HALUAN

Aidilfitri: IKRAM Hadiri Majlis WADAH-ABIM-PKPIM dan HALUAN

BANDAR BARU BANGI – Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Hj Badlishah Baharin telah menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri yang dianjurkan bersama WADAH-ABIM-PKPIM dan agensi-agensi di bawahnya pada 5 Mei yang lalu. 

Turut hadir mewakili IKRAM ialah Timbalan Presiden, Jusni Yusoff dan Setiausaha Agung, Hj Shahrul Aman Mohd Saari, manakala Pn Ashwida Abd Samad mewakili Wanita IKRAM.

Delegasi IKRAM disambut Presiden WADAH, Dato’ Ahmad Azam Ab Rahman dan Presiden ABIM, Ahmad Fahmi Mohd Samsudin.

Majlis yang diadakan di Bangi Convection Centre (BCC) turut dikunjungi oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dr Zulkifli Hasan. Tetamu-tetamu yang hadir meliputi wakil kedutaan, rakan-rakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan para aktivis serta sukarelawan. 

Pada hari yang sama, IKRAM turut hadir ke Majlis Jamuan Hari Raya HALUAN di Dewan Sutera Kolej Ibu Zain, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), yang disambut oleh Presiden HALUAN, Dr Abdullah Sudin Ab Rahman.

Selain Presiden IKRAM, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung, turut bersama Naib Presiden Prof Dr Hanim Salleh dan Ahli JKP Dr Sabariah Baharun dan wakil Wanita IKRAM, Pn Ashwida.

Turut hadir dalam majlis bertemakan Palestin tersebut ialah ADN Sungai Ramal YB Mohd Shafie Ngah, Presiden Al-Quds Foundation Malaysia Dr Shareef Abu Shammalah dan para perwakilan daripada NGO-NGO Palestin.

Semoga majlis pertemuan seperti ini dapat memperteguhkan tautan ukhuwah dalam kalangan gabungan NGO Himpunan Gerakan Islam Malaysia (HIKAM) dan menggalakkan kerjasama dalam pelbagai bidang demi kebaikan umat dan masyarakat seluruhnya.

Sumber: WADAH dan HALUAN

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia