Ahli IKRAM Academia pengarang utama jurnal terkenal dunia

 

Hasil kajian beliau yang juga ahli Persatuan Akademia IKRAM Malaysia (IKRAM Academia) berkaitan penggunaan hidrogen sebagai asas sumber tenaga pada masa depan, berjaya meletakkan beliau sebaris penyelidik bertaraf global.

Kejayaan pertama membabitkan penyelidik tempatan itu dicapai beliau menerusi makalah berjudul “Ultra high-current-density niobium disulphide catalysts for hidrogen evolution”.

Makalah berkenaan mula diterbitkan pada Isnin lalu, Nature Materials adalah jurnal terbaik dengan ranking nombor satu di dunia dalam bidang kimia fizikal dan fizik gunaan.

Dr Abdul Rahman berkata, kajian hampir dua tahun bermula 2016 itu bakal memberi kesan langsung kepada industri tenaga hijau sejagat.

Hasil penyelidikan berkenaan kata beliau, berpotensi mengurangkan kos penghasilan tenaga hijau yang digunakan dalam pelbagai bidang terutama bahan api kenderaan.

“Majoriti hidrogen dihasilkan gas asli tetapi kita berjaya menemui kaedah lestari melalui proses elektrolisis. Menerusi makalah ini dinyatakan mengenai hidrogen dihasilkan menggunakan niobium disulfide.

“Dua kejayaan penting kajian ini adalah menggunakan bahan kos rendah 100 kali ganda lebih berdaya saing tetapi menghasilkan prestasi setanding menggunakan platinum,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bagi mengumumkan mengenai kejayaan terbitan berkenaan di sini, semalam.

Turut hadir Naib Canselor UKM, Prof Ir Dr Mohd Hamdi Abd Shukor dan Pengarah Bahagian Kecemerlangan Penyelidikan IPT, Kementerian Pendidikan, Prof Datuk Dr Mohd Fauzi Mohd Zain.

Tahniah kepada Dr Abdul Rahman Mohmad. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada beliau dan saintis yang lain untuk menyumbang kepada perubahan dunia yang lebih lestari.

Pautan:

1. https://www.nature.com/articles/s41563-019-0463-8

2. https://scholar.google.com/citations?user=I0SdlnsAAAAJ&hl=en

Sumber: Berita Harian | IKRAM Academia
Kredit foto: Utusan

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia