Agong Perkenan Pencalonan PM Hingga 2 Petang Selasa

Agong Perkenan Pencalonan PM Hingga 2 Petang Selasa | IKRAM

KUALA LUMPUR – Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah menzahirkan titah perkenan supaya proses mengemukakan calon Perdana Menteri ke-10 dilanjutkan sehingga jam 2.00 petang Selasa, 22 November 2022.

Dalam pada itu, Seri Paduka Baginda menyeru seluruh rakyat untuk terus bersabar dan bertenang sehingga selesainya proses pembentukan kerajaan baharu dan pencalonan bakal Perdana Menteri ke-10.

“Pentadbiran negara masih berjalan seperti biasa di bawah pengurusan Perdana Menteri Sementara atau ‘Caretaker Prime Minister’ berdasarkan prinsip-prinsip yang digariskan bagi Kerajaan Sementara,” titah baginda.

Sehubungan itu, baginda menyeru rakyat agar turut sama mendoakan semoga Malaysia dirahmati dan diberkati serta dilindungi daripada sebarang bentuk bencana dan musibah.

Terdahulu, titah perkenan Agong itu adalah susulan daripada permohonan-permohonan daripada ketua parti-parti politik serta gabungan parti-parti politik yang diterima oleh Istana Negara hari ini.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia