Agong perkenan 14 akta diluluskan Parlimen

Agong perkenan 14 akta diluluskan Parlimen | IKRAM

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenankan 14 akta termasuk Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 mengenai peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti yang diluluskan pada Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen ke-14 lepas.

“Akta lain ialah Akta Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Pembubaran) 2022, Akta Sistem Insurans Pekerja (Pindaan) 2022, Akta Keselamatan Sosial Pekerja (Pindaan) 2022 dan Akta Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (Pindaan) 2022,” kata Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun.

Selain itu, Akta Kawalan Padi dan Beras (Pindaan) 2022, Akta Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah (Pindaan) 2022, Akta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Pindaan) 2022, Akta Mahkamah Kehakiman (Pindaan) 2022 dan Akta Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2022.

Akta yang turut diperkenan ialah Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022, Akta Tabung Angkatan Tentera (Pindaan) 2022, Akta Racun (Pindaan) 2022 dan Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022.

Azhar berkata demikian pada permulaan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan dewan mengenai perutusan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim yang menyatakan persetujuan Dewan Negara terhadap kesemua 25 rang undang-undang diluluskan Dewan Rakyat pada Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ke-14.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia