Agihan pertama Qurban Kasih Ummah: 200 ekor lembu, 180 ekor kambing

Eidil adha mengingatkan kita kepada pengorbanan Nabi Ibrahim alaihissalam (a.s.) serta anaknya Ismail a.s. Berapakah nilainya pengorbanan seorang ayah yang diperintahkan oleh Allah Subhanahu Wa Taala (SWT) untuk menyembelih anaknya sendiri?

Kita tidak lagi diminta berqurban sedemikian. Kita di Malaysia ini amat bertuah dengan begitu banyak sekali ibadah qurban dilaksanakan di seluruh pelusuk tanah air saban tahun. Lain pula di negara-negara yang umat Islamnya minoriti. Mereka serba kekurangan, ditindas, dianiaya, terlibat dalam peperangan dan pelbagai lagi kesulitan. Mereka tidak mempunyai peluang sebagaimana kita. Justeru, usaha IKRAM menganjurkan Qurban Kasih Ummah saban tahun adalah bertujuan membantu mereka yang amat memerlukan ini.

Alhamdulillah, setelah lebih sebulan projek ini dilancarkan, sambutan daripada masyarakat sangat menggalakkan. Insya-Allah untuk fasa pertama ini, sebanyak 200 ekor lembu dan 180 ekor kambing akan diagihkan ke 15 buah negara melalui NGO pelaksana dalam minggu ini. Manakala, penyertaan juga memberangsangkan khusus untuk Palestin iaitu 20 ekor lembu telah terkumpul untuk dihantar ke sana.

Kali ini, kami juga prihatin terhadap masyarakat dalam negara kita, yang daif dan tidak berkemampuan. Agihan yang agak besar juga akan diberi di mana pelaksanaannya diuruskan oleh Jawatankuasa Khidmat Masyarakat IKRAM di seluruh negara.

Tuan Yaacob (tiga dari kiri) bersama wakil penerima untuk Rohingya, Hidayah Centre dan Palestin.

Beberapa orang wakil daripada Sekretariat Qurban Kasih Ummah akan bersama umat Islam di Kembija dan Vietnam untuk menyaksikan sendiri ibadah Qurban ini dilaksanakan di negara-negara tersebut.

Pihak sekretariat juga berbesar hati dengan kehadiran media yang akan bersama-sama dalam Ziarah Qurban Kasih Ummah di Vietnam iaitu wakil TV Al-Hijrah yang akan menjadi rakan media pihak sekretariat, yang akan membuat liputan agar peserta-peserta boleh melihat sendiri pelaksanaan sebahagian daripada Qurban di tempat yang lebih memerlukan melalui rakaman yang akan ditayangkan.

Akhir sekali, bagi pihak Sekretariat Qurban Kasih Ummah, kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh peserta yang menyertai program ini. Insya-Allah, kami akan laksanakan sebaik mungkin ibadah Qurban yang telah diwakilkan kepada kami. Semoga Allah SWT meneriman ibadah Qurban kita sebagai satu amal soleh, insya-Allah.

Pelaburan akhirat usah ditangguh. Sertailah Qurban Kasih Ummah.

Tuan Yaacob Tuan Sof

Pengarah Program Qurban Kasih Ummah 1433H

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia