Agihan Bantuan Di Afghanistan Lancar

Agihan Bantuan Di Afghanistan Lancar | IKRAM

KABUL – Misi Kemanusiaan Afganistan 2.0 mensasarkan bantuan fokus kepada wanita dan kanak-kanak sebagai keutamaan selain daripada bantuan perubatan.

Pada hari pertama di sana, anggota misi telah bertemu pasukan Afghanistan Islamic Medical Association (AIMA) di Al-Hayat Hospital.

Dalam pertemuan itu, MyCARE turut menyumbang USD10,000 untuk bantuan bekalan ubat-ubatan dan kelengkapan Free Medical Camp di pedalaman negara itu yang akan dilaksanakan AIMA.

Ahli misi juga dibawa untuk melawat fasiliti dan perkhidmatan yang disediakan oleh hospital tersebut iaitu hospital swasta terbaik di Kabul. 

IKRAM Health selaku rakan pelaksana projek perubatan merancang untuk memberi khidmat latihan dan pertukaran kepakaran bagi latihan pembantu perubatan dan paramedik.

Sebelumnya di Pakistan, MyCARE telah menyerahkan bantuan awal ke negara itu bagi meringankan beban mangsa-mangsa banjir yang melanda di sana.

Bantuan wang sumbangan berjumlah USD10,000 diserahkan Ustaz Noorsyazly Rameli kepada wakil rakan pelaksana, Al Khidmat Foundation dalam satu pertemuan di Islamabad.

Salam University & Ehsas

Anggota misi juga menziarahi Salam University yang disambut oleh Canselor Dr Misbahullah Abdulbaqi, berpeluang melawat sekitar universiti dan mengikuti kuliah yang disampaikan kepada pelajar dalam bahasa Parsi seterusnya ke lokasi makmal yang akan ditambah baik.

MyCARE menyerahkan bantuan USD20,000 untuk menaik taraf makmal kejuruteraan seni bina universiti tersebut, selain pembelian peralatan baharu sebagai persediaan menerima pelajar baharu bagi peringkat sarjana.

Mereka turut dibawa menziarahi ibu pejabat  Ehsas Welfare & Social Services Organisation (EHSAS) yang merupakan rakan pelaksana projek MyCARE di Afghanistan sejak tahun 2019. 

MyCARE juga telah menyampaikan sumbangan awal bagi membantu mangsa banjir melalui agihan pek makanan di dua lokasi terjejas iaitu di wilayah Grazny dan Logar.

Keperluan Air Mendesak

Pada hari kedua pula, anggota misi telah menziarahi kampung Parwandu, pinggir Kabul bagi melaksanakan tinjauan pembangunan projek telaga tiub.

Masyarakat di sini dilaporkan terdiri daripada 500 buah keluarga terpaksa menunggu giliran lebih tiga jam untuk mendapatkan air setiap hari.

Setiap keluarga biasanya akan diwakili oleh anak-anak lelaki atau perempuan yang akan membawa sekurang-kurangnya dua hingga empat tong bersaiz 5 liter untuk membawa bekalan air ke rumah masing-masing jauh di kawasan berbukit.

Pembangunan telaga tiub merangkumi panel solar, tangki, perpaipan dan tenaga kerja dianggar bernilai USD4,000. Keperluan dan kemudahan air sangat mendesak di sini.

Projek Pembedahan

Keesokannya, anggota misi melawat French Medical Institute for Children di Kabul yang dihoskan oleh Dr Tariq Rahimi, pakar pembedahan plastik kanak-kanak.

Lawatan ini sebagai persediaan untuk projek latihan para doktor di Afghanistan dan projek pembedahan sumbing kanak-kanak oleh pasukan doktor dari Malaysia pada masa akan datang.

Anggota misi dimaklumkan bahawa kes sumbing sangat banyak terjadi akibat kekurangan nutrisi selain masalah bekalan air tidak bersih dan Dr Tariq melaksanakan lima pembedahan kes sumbing setiap minggu di institut tersebut.

Mereka juga menziarahi Ehsas Orphanage yang menempatkan 30 anak-anak yatim lelaki yang telah kehilangan ibu bapa mereka akibat peperangan dan sebagainya.

Bantuan sebanyak USD750 USD disalurkan dalam bentuk pek makanan asas yang sihat serta kain yang akan digunakan untuk membuat baju sejuk.

Ayuh kita bersama ringankan beban mereka di Afghanistan dengan menyumbang melalui pautan berikut:

MyCARE – https://mycare.qrd.by/afghanistan

IKRAM Health – https://www.billplz.com/MisiAfghan2

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia