Afghanistan Wajar Benarkan Kembali Pelajar Wanita Memasuki Universiti

Afghanistan Wajar Benarkan Kembali Pelajar Wanita Memasuki Universiti | IKRAM

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) mengambil maklum keputusan kerajaan Afghanistan di bawah Taliban pada 20 Disember lalu yang melarang pelajar wanita daripada memasuki universiti negara itu sehingga diberitahu kelak.

IKRAM menyifatkan bahawa keputusan larangan tersebut adalah langkah ke belakang yang menafikan hak golongan wanita untuk mendapatkan pendidikan tinggi.

Dengan pendidikan, telah terbukti bahawa golongan wanita mampu menyumbang kepakaran dan khidmat mereka dengan signifikan dalam pembangunan negara setelah tamat belajar kelak.

Mereka juga mampu membina kehidupan yang lebih baik dan lestari serta mengeluarkan keluarga dan komuniti mereka daripada belenggu kemiskinan yang berterusan.

Oleh itu, IKRAM menggesa kerajaan Afghanistan agar membenarkan kembali pelajar wanita di negara itu untuk memasuki universiti dengan segera. IKRAM sedia berbincang dan bekerjasama dalam menyelesaikan masalah ini.

Hj Badlishah Sham Baharin
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia