Aceh berduka lagi, MyCARE hantar misi

Dijangkakan beberapa pasukan lain akan dihantar selepas misi ini termasuk pasukan perubatan.

Gempa bumi berlaku sekitar jam 5.00 pagi waktu tempatan dengan goncangan berukuran 6.4 Skala Richter berpusat 120 kilometer di Tenggara Banda Aceh telah mengakibatkan lebih 100 struktur bangunan dilaporkan musnah termasuk 15 buah rumah, lima buah masjid, sekolah, kedai dan stesen minyak.

Sementara itu, wilayah Aceh kini diisytiharkan darurat dan kawasan Pidiejaya paling teruk terkesan setakat ini dengan jumlah korban keseluruhan telah meningkat sehingga 100 orang di mana misi menyelamat masih lagi diteruskan.

Menurut Nusantara Care, agensi kemanusiaan di bawah MyCARE, keperluan utama ketika ini ialah makanan, air bersih, khemah perubatan, khemah ibadah, tandas, selimut, tuala wanita dan keperluan bayi.

“MyCARE ketika ini berhubung secara langsung dengan rakan-rakan NGO dalam gabungan South East Asia Humanitarian Committee (SEAHUM) di Indonesia untuk mendapatkan maklumat terkini dan bersiap sedia untuk menghantar bantuan kecemasan yang diperlukan.”

Sementara itu, MyCARE turut melancarkan Tabung Kecemasan Gempa Aceh bagi menyalurkan bantuan ke sana.

Sumbangan boleh dibuat atas nama Humanitarian Care Malaysia Berhad melalui mana-mana akaun berikut:

Maybank Islamic: 5642-5856-0698
CIMB Islamic: 8602-13-5592
Bank Islam: 1209-2010-0349-04

Sila e-mel bukti pembayaran kepada account@mycare.org.my dengan tajuk Tabung Kecemasan Gempa Aceh untuk tujuan rekod dan pengurusan.

Ayuh, bersama kita peduli kemanusiaan di Aceh!

Sumber: Nusantara Care

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia