Abdul Azeez Gagal Rayuan Batal 9 Pertuduhan

Abdul Azeez Gagal Rayuan Batal 9 Pertuduhan | IKRAM

PUTRAJAYA,- Bekas Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan hari ini untuk membatalkan tiga pertuduhan rasuah dan enam pertuduhan pengubahan wang haram.

Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Seri Kamaludin Md Said, Datuk Abu Bakar Jais dan Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali menolak rayuan Abdul Azeez untuk membatalkan sembilan pertuduhan selepas memutuskan pertuduhan yang dikenakan terhadap beliau tidak cacat.

Hakim Abu Bakar yang menyampaikan keputusan sebulat suara itu memerintahkan Abdul Azeez untuk menghadapi sembilan pertuduhan itu Mahkamah Sesyen.

Beliau bagaimanapun membenarkan sebahagian daripada rayuan Abdul Azeez apabila membatalkan empat pertuduhan pengubahan wang haram.

Abdul Azeez, 55, didakwa di Mahkamah Sesyen atas tiga pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM5.2 juta berhubung projek jalan raya di Perak serta Kedah, dan 10 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan sejumlah RM13.9 juta yang didakwa diterimanya daripada Menuju Asas Sdn Bhd.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di CIMB Bank, Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur pada 8 Dis 2010 dan di Affin Bank, Pusat Bandar Puchong, Selangor pada 13 Jun 2017 dan 10 April 2018.

Bagi kesalahan pengubahan wang haram, beliau didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan Lembah Klang antara 8 Mac 2010 dan 30 Ogos 2018.

Abdul Azeez merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 12 Mac tahun lepas yang menolak permohonannya untuk membatalkan tiga pertuduhan rasuah dan 10 pertuduhan pengubahan wang haram.

Dalam keputusan itu, Hakim Abu Bakar melepas dan membebaskan Abdul Azeez bagi pertuduhan ketiga, ketujuh, kelapan dan kesembilan selepas menarik balik pertuduhan itu yang tidak menyatakan lokasi sebenar kesalahan dilakukan dan hanya dinyatakan di Lembah Klang.

Hakim juga berkata, tiada pendakwaan politik terhadap Ahli Parlimen Baling itu.

Hakim Abu Bakar juga tidak bersetuju dengan hujahan Abdul Azeez bahawa pertuduhan yang difailkan terhadapnya dilakukan secara mala fide (niat jahat).

Hakim meneruskan keputusannya hari ini selepas Timbalan Pendakwa Raya Aslinda Ahad memberitahu mahkamah bahawa tiada arahan untuk menjawab empat representasi Abdul Azeez berhubung pertuduhannya itu.

Beliau memaklumkan kepada mahkamah, Peguam Negara telah menerima kertas siasatan dan minit daripada pengarah siasatan kanan SPRM pada 2 September dan dokumen telah diberikan kepadanya.

Beliau (Aslinda) berkata, selepas taklimat arahan yang diberikan kepadanya adalah untuk menghadiri mahkamah hari ini bagi mendapatkan keputusan rayuan Abdul Azeez dan tiada arahan untuk menjawab representasi Abdul Azeez.

Peguam Amer Hamzah Arshad memberitahu mahkamah, perbicaraan Abdul Azeez ditetapkan untuk sebutan di hadapan Mahkamah Sesyen pada Rabu ini.

Di luar mahkamah, Amer Hamzah memberitahu pemberita bahawa anak guamnya menerima keputusan itu tetapi akan meneruskan representasinya.

Sumber: Bernama

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia