Aaron-Wooi Yik Juara Badminton Dunia: Hadiah Merdeka 65

Aaron-Wooi Yik Juara Badminton Dunia: Hadiah Merdeka | IKRAM

SERI KEMBANGANAaron Chia-Soh Wooi Yik, mengesahkan gelaran juara dunia selepas menewaskan bekas juara tiga kali dari Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan 21-19, 21-14 pada final yang berlangsung selama 40 minit di Gimnasium Metropolitan Tokyo.

Pencapaian tersebut berjaya menamatkan penantian 45 tahun peminat badminton tanah air untuk menyaksikan wakil negara meraih gelaran juara dunia dan menjadi hadiah cukup istimewa kepada rakyat Malaysia sempena Hari Kebangsaan 2022 yang bakal disambut 31 Ogos ini.

“Bukan mudah untuk mengalahkan beregu berpengalaman Indonesia digelar ‘The Daddies’ itu tetapi menasihatkan Aaron-Wooi Yik supaya memilih rali yang panjang dan tidak terlalu tergopoh-gopoh membalas hantaran,” kata Pengarah Kejurulatihan Beregu Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky.

Beliau berkata, betapa bagusnya Ahsan-Hendra bermain mulai pusingan pertama hingga separuh akhir, malah mereka menguasai set pertama.

“Saya memberitahu Aaron-Wooi Yik bahawa dari segi kelajuan, mereka lebih baik dan boleh mencabar Ahsan-Hendra, tetapi perlu membina keyakinan diri.”

Menurutnya, mereka hanya terus berjuang mata demi mata, sehingga mereka mendapat peluang untuk mendahului dengan beberapa mata, di situlah timbulnya keyakinan mereka untuk memenangi perlawanan.

Sejak kembali ke BAM sebagai Timbalan Pengarah Kejurulatihan Oktober lalu, Rexy lebih menumpukan pada usaha memupuk set minda kemenangan dan membina keyakinan Aaron-Wooi Yik berbanding kemahiran.

Jelasnya, kuasa besar badminton seperti Indonesia, China, Jepun, Denmark dan Korea Selatan, malah Singapura, India dan Thailand telah melahirkan juara dunia, namun gelaran dunia kekal sukar untuk Malaysia sehingga Aaron-Wooi Yik mencapai kejayaan tersebut.

“Aaron-Wooi Yik tampil dengan corak permainan yang lebih jelas berbanding sebelum ini. Bagi saya, mereka masih belum ada satu ‘senjata’ tertentu tetapi dalam kejohanan kali ini mereka bermain dengan amat jelas, mereka ada satu kaedah permainan yang kedua-dua pemain memahami tugas masing-masing dalam gelanggang,” ulas Kien Keat, yang muncul naib juara bersama gandingannya, Tan Boon Heong pada Kejohanan Dunia 2010 lalu di Paris.

Ini merupakan penampilan keempat Aaron-Wooi Yik dalam kejohanan dunia dengan pencapaian terbaik sebelum ini adalah beraksi di pentas suku akhir pada edisi 2018 di Nanjing, China.

Sejak kejohanan dunia mula dipertandingkan pada 1977, sembilan wakil negara berjaya menjejakkan kaki ke pentas final dengan lima kali dalam acara perseorangan lelaki dan empat kali dalam saingan beregu lelaki.

Aaron-Wooi Yik juga pernah merangkul pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020,

Terdahulu, lagenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei membuat penampilan terbanyak iaitu empat kali pada edisi 2011, 2013, 2014 yang menyaksikan beliau muncul naib juara, namun kemenangan itu dibatalkan kerana kesalahan berkaitan doping sebelum kembali menyertai kejohanan itu pada 2015.

Turut pernah beraksi Wong Choong Hann (2003) selain beregu adik beradik Datuk Seri Jalani-Datuk Razif Sidek (1987), Cheah Soon Kit-Soo Beng Kiang (1993), Soon Kit-Yap Kim Hock (1997) dan Kien Keat-Boon Heong pada 2010.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia