Solat Jumaat: HIKAM Seru Semua Pihak Hormati Sensitiviti Agama

Solat Jumaat: HIKAM Seru Semua Pihak Hormati Sensitiviti Agama

HIKAM Menyokong Penguatkuasaan Peraturan Solat Jumaat, Seru Semua Pihak Hormati Sensitiviti Agama

Himpunan Gerakan Islam Malaysia (HIKAM) menyambut baik pendirian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr Zulkifli Hasan yang mengingatkan semua pihak supaya menghormati urusan pentadbiran negeri dan sensitiviti umat Islam berhubung penguatkuasaan peraturan penutupan sementara premis perniagaan ketika solat Jumaat.

HIKAM berpandangan bahawa penguatkuasaan peraturan tersebut merupakan satu langkah yang wajar dalam menghormati tuntutan agama Islam serta memelihara hak umat Islam untuk menunaikan kewajipan solat Jumaat.

Kewajipan menunaikan solat Jumaat dan meninggalkan urusan jual beli bagi lelaki Muslim apabila tiba seruannya merupakan perintah yang jelas sebagaimana ditegaskan dalam Surah al-Jumu’ah, ayat 9. Justeru, usaha menyediakan persekitaran yang kondusif bagi membolehkan umat Islam melaksanakan kewajipan tersebut sewajarnya dihormati.

Pada masa yang sama, HIKAM menegaskan bahawa urusan berkaitan pentadbiran agama Islam dan pelaksanaan dasar di peringkat negeri perlu dilihat dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan, undang-undang negeri serta bidang kuasa pihak berkuasa tempatan.

Dalam sebuah masyarakat majmuk, perbezaan pandangan adalah sesuatu yang lumrah dan perlu diraikan. Namun, setiap pemimpin dan wakil rakyat mempunyai tanggungjawab untuk memahami konteks agama, undang-undang dan pentadbiran sebelum mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan salah faham atau ketegangan antara masyarakat.

HIKAM ingin menegaskan bahawa menghormati tuntutan agama majoriti tidak bermakna menafikan hak masyarakat bukan Islam. Sebaliknya, sikap saling menghormati, memahami dan bertolak ansur merupakan asas penting dalam membina keharmonian negara.

Sehubungan itu, HIKAM menyeru semua pihak agar tidak menjadikan isu pelaksanaan peraturan berkaitan solat Jumaat sebagai polemik politik atau sentimen perkauman. Sebaliknya, ruang dialog yang matang dan berhemah perlu diutamakan bagi memastikan kepentingan semua pihak terus terpelihara.

Hormat-menghormati bukan bererti kita perlu bersetuju dalam semua perkara, tetapi kita perlu memahami dan menghormati hak serta kewajipan agama masing-masing.

Himpunan Gerakan Islam Malaysia (HIKAM)

1. Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)
2. Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
3. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
4. Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN)

Sekretariat HIKAM

Azizuddin Ahmad
Setiausaha Agung WADAH

Mohd. Hafiz Abd. Hamid
Setiausaha Agung IKRAM

Ahmad Fawwaz Ahmad Shukri
Setiausaha Agung ABIM

Mohd. Sabbri Md. Yudin
Setiausaha Agung HALUAN

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia