KIMB Perkukuh Pertumbuhan, Lancar 4 Bisnes Baharu

SERI KEMBANGAN – Koperasi Islah Malaysia Berhad (KIMB) telah melancarkan empat bisnes baharu bagi meneroka peluang perniagaan yang lebih luas dan inovatif, sempena Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan (MAPT) Ke-33 pada Sabtu, 20 Jun lalu di sini.

Pelancarannya disempurnakan oleh Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Bahagian Wilayah Persekutuan, Haji Fadilah Salim, diiringi Pengerusi KIMB, En. Muhammad Fikri Ahmad, Managing Partner BerryPay, En. Mohd Suhaimi Abdul Hamid dan Pengerusi Koperasi Islam Ibn Affan (Pattani), Asst. Prof Abdulrashid Che Mat.

Dalam ucapan perasmian MAPT itu, Fadilah menekankan kepentingan tadbir urus yang baik dalam memastikan kestabilan dan kelangsungan sesebuah koperasi, serta menggalakkan koperasi untuk terus meneroka peluang perniagaan baharu serta memanfaatkan platform seperti Hari Koperasi Negara (HKN) bagi memperluaskan jaringan kerjasama dan berkongsi amalan terbaik dalam gerakan koperasi.

Koperasi Islah

 

Menurut Fikri, empat inisiatif perniagaan baharu diperkenalkan yang bakal menjadi pemacu pertumbuhan KIMB ialah:

  1. Ayam Gepuk Tok Mat

Sebuah perniagaan makanan baharu yang bakal membuka peluang kepada anggota dan masyarakat, dijangka akan mula beroperasi tidak lama lagi sebagai salah satu cabang perniagaan KIMB dalam sektor makanan dan minuman.

  1. BerryPay

Kerjasama strategik dengan pelantikan KIMB sebagai ejen kiriman wang ke luar negara (remittance), membuka peluang perkhidmatan kewangan yang lebih mudah dan meluas kepada anggota serta komuniti.

  1. Komoditi Murabahah

Inisiatif pelaburan yang telah dilaksanakan oleh KIMB dan telah menunjukkan perkembangan positif dengan memperoleh keuntungan, sekali gus memperkukuhkan portfolio perniagaan koperasi.

  1. Portal Anggota KIMB Baharu

Satu platform digital yang bakal dilancarkan bagi memberikan kemudahan kepada anggota untuk mengakses maklumat caruman, menyertai serta melanggan servis-servis KIMB dalam satu aplikasi yang lebih tersusun dan mesra pengguna, dengan sokongan teknologi AI.

Pelancaran ini mencerminkan komitmen KIMB dalam memperkasa ekonomi anggota melalui inovasi, pendigitalan dan pengembangan sektor perniagaan yang mampan selaras dengan visi membina masa hadapan yang lebih gemilang.

Selepas pelancaran itu, KIMB turut menyampaikan sumbangan kepada lima (5) buah pertubuhan sebagai tanda komitmen dan keprihatinan KIMB dalam menyokong usaha kebajikan serta pembangunan masyarakat melibatkan IKRAM, Hidayah Centre Foundation, SRI Al-Amin Putra Mahkota, Yayasan IKRAM Malaysia dan MyGuide Malaysia, yang berjumlah RM55,000.

Semoga segala usaha ini menjadi sebahagian daripada langkah berterusan KIMB dalam membawa manfaat yang lebih luas kepada masyarakat, selaras dengan semangat kerjasama, kebersamaan dan nilai taawun yang menjadi asas perjuangan koperasi.

Sumber: FB KIMB

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia