Fungsi Peguam Negara-Pendakwa Raya: CSO Kemuka 4 Aspek Penambahbaikan

parlimen

KUALA LUMPUR – Sebanyak enam organisasi masyarakat sivil (CSO) negara telah mengemukakan empat aspek penambahbaikan dalam Pindaan Perlembagaan berkaitan pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya.

Mereka menyambut baik pengenalan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 2) 2026 (RUU) melibatkan cadangan pemisahan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya, melalui pengenalan Perkara 145A dan 145B Perlembagaan Persekutuan.

“(Pindaan) merupakan peluang penting untuk memperkukuh kebebasan pendakwaan, mengurangkan risiko campur tangan eksekutif, dan memulihkan keyakinan awam terhadap sistem keadilan jenayah,” jelas mereka dalam satu kenyataan media pada Khamis, 2 April lalu, malah menyifatkan bahawa ia satu langkah penting ke arah reformasi institusi yang telah lama dinantikan di Malaysia.

Namun, analisis terhadap kandungan RUU itu menunjukkan wujud beberapa kelompongan dan kelemahan asas, dan mereka mengemukakan empat aspek berkaitan pemisahan fungsi Peguam Negara dan pewujudan Pendakwa Raya yang perlu ditambah baik.

Aspek-aspek tersebut ialah mekanisme pelantikan Pendakwa Raya, mekanisme penamatan Pendakwa Raya, mekanisme kebertanggungjawaban Pendakwa Raya dan penggubalan Akta Pemberi Kuasa.

Mereka turut menegaskan bahawa reformasi ini memerlukan kesepaduan antara pindaan RUU, penggubalan Akta Pemberi Kuasa dan pengawalan kuasa budi bicara perlembagaan, bahkan peluasan frasa “menurut budi bicara” tanpa kawalan berupaya menimbulkan risiko yang menjejaskan kebertanggungjawaban.

“Oleh itu, ketiga-tiga komponen ini mesti dilaksanakan secara saling melengkapi bagi memastikan prinsip perlembagaan diterjemahkan kepada pelaksanaan yang telus, terkawal dan berakauntabiliti.”

Enam CSO ini juga menggesa agar Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU) mempertimbangkan cadangan-cadangan penambahbaikan tersebut demi memastikan reformasi yang benar-benar bermakna dan efektif.

“Sekalipun RUU ini merupakan langkah penting, keberkesanannya bergantung kepada ketelitian dalam menangani isu pelantikan, penamatan dan akauntabiliti Pendakwa Raya. Tanpa penambahbaikan yang sewajarnya, reformasi berisiko kekal bersifat formal,” tegas mereka.

Susulan penyerahan dokumen kepada pihak BHEUU, mereka berharap agar satu sesi pembentangan lisan dapat dipertimbangkan bersama pihak-pihak berkepentingan, yang memberi ruang kandungan tersebut diperincikan serta menjawab sebarang persoalan yang memerlukan penjelasan lanjut.

Selain Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), lima lagi CSO yang menyokong kenyataan media itu ialah The institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS), Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH), Rasuah Busters, Center to Combat Corruption & Cronyism (C4 Center) dan Project Stability and Accountability for Malaysia (Projek SAMA).

Baca kenyataan penuh: https://ikram.org.my/pemisahan-peguam-negara-pendakwa-raya-4-penambahbaikan/ 

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia