Durioo+ Kunjungi IKRAM, Nyatakan Minat Bekerjasama

Durioo+ Kunjungi IKRAM, Teroka Potensi Sinergi

SERI KEMBANGAN – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menerima kunjungan istimewa daripada Durioo+, sebuah platform kandungan animasi positif berbayar khususnya untuk kanak-kanak dan ibu bapa, pada Selasa, 3 Mac lalu.

Durioo+ diwakili oleh Ajwad Amal (Creative Produce – DURI) dan Muhd Arif Roslan (Team Lead Durioo Creators). Mereka disambut oleh Presiden IKRAM, Hj Badlishah Sham Baharin, Naib Presiden, Ustaz Tajul Arifin Che Zakaria dan Dr Sabariah Baharun, serta beberapa kakitangan IKRAM. 

Dalam pertemuan itu, mereka memberi pendedahan yang baik tentang ekosistem pasukan hebat di sebalik nama Durioo+, di samping menyatakan minat untuk meneroka ruang kerjasama dengan IKRAM.

Menurut Hj Badlishah, beliau cukup teruja dengan minat Durioo+ tersebut. Katanya, walaupun kerjasama belum dimuktamadkan lagi, namun IKRAM ada menyatakan beberapa cadangan antaranya untuk menyerapkan konsep “Lelaki Qawwam” dalam animasi popular Durioo+. 

“Kita mahu anak-anak kita melihat susuk kepimpinan lelaki yang bertanggungjawab terus daripada animasi yang mereka cintai,” jelasnya.

Tambahnya, IKRAM dan Durioo+ turut berbincang tentang sinergi dua hala.

“Kami sedang meneliti potensi untuk memuat naik kandungan pendidikan IKRAM ke platform mereka, dan pada masa yang sama memanfaatkan kualiti animasi mereka untuk tujuan pendidikan masyarakat kita.”

Selain itu, IKRAM juga mencadangkan untuk mewujudkan kempen-kempen yang positif dan bermakna di platform Durioo+.

“Bayangkan mesej perpaduan nasional, nilai kekeluargaan dan kempen antirasuah disampaikan secara kreatif melalui kandungan mereka,” ujar Badlishah.

Buat masa ini, beliau telah meminta Jabatan Pendidikan Masyarakat untuk menyediakan kertas cadangan bagi memperincikan ruang kerjasama ini sebelum sebarang keputusan dibuat.

Semoga kunjungan Durioo+ ke IKRAM dan potensi kerjasama ini dapat membuahkan hasil yang terbaik demi masa depan generasi kita, insya-Allah.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia