Kempen Integriti dan Antirasuah (KIAR) 2025

Kempen Integriti dan Antirasuah (KIAR) 2025

 KEMPEN INTEGRITI DAN ANTIRASUAH (KIAR) 2025

“Integriti Dibina, Rasuah Binasa”

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) dengan kerjasama Rasuah Busters menganjurkan Kempen Integriti dan Antirasuah (KIAR) 2025 bermula 1 November hingga 31 Disember 2025, bersempena Hari Integriti Nasional (5 November) dan Hari Antirasuah Antarabangsa (9 Disember).

Kempen ini adalah kesinambungan kepada inisiatif Hari Antirasuah Antarabangsa (HARA) yang bermula sejak tahun 2021 dan kini diperluas sebagai gerakan nasional bagi memperkukuh kesedaran, kefahaman dan tindakan kolektif masyarakat terhadap nilai integriti dan usaha pembanterasan rasuah.

KIAR 2025 digerakkan dengan matlamat untuk:

  • Menyemai budaya integriti dan akauntabiliti dalam kalangan rakyat Malaysia melalui pendidikan, advokasi dan tindakan kolektif.
  • Meningkatkan kesedaran tentang integriti sebagai tiang utama kepada pembentukan negara yang bersih, cekap dan dihormati di peringkat global.
  • Menggalakkan penyertaan aktif rakyat dalam menyemai nilai kejujuran, ketelusan, amanah dan tanggungjawab sosial.
  • Mewujudkan platform dialog dan kolaborasi berterusan antara kerajaan, masyarakat sivil, sektor korporat dan institusi pendidikan bagi memperkukuh budaya integriti nasional.

 

Kempen ini turut disokong oleh pelbagai rakan strategik termasuk; Institut Integriti Malaysia (IIM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Musleh Integrated Education Berhad (MIEB), Pertubuhan Belia Harmoni Malaysia (HARMONI), Kajian Dasar IKRAM (KADRI), IKRAM Legal, Pertubuhan Literasi Demokrasi (Ajar Demokrasi), Malaysian Association of Muslim Finance Professionals (MFP), Persatuan Aliran Kesedaran Negara (Aliran) serta rakan komuniti seperti MyIKRAM Bikers, Pertubuhan Pemuda GEMA Malaysia dan IKRAMTeens.

Rakan media utama ialah Sinar Harian, yang menjadi platform utama penyebaran mesej kesedaran integriti kepada masyarakat di seluruh negara. Gabungan ini mencerminkan semangat kolaborasi rentas sektor dalam memperkukuh budaya integriti dan menolak rasuah di setiap lapisan masyarakat.

Sepanjang tempoh kempen, pelbagai program berimpak tinggi telah dirancang iaitu Majlis Pelancaran KIAR pada 16 November ini, pertandingan video pendek, pertandingan melukis komik, konvoi motosikal, karnival, penulisan artikel dan forum.

KIAR 2025 selaras dengan National Anti-Corruption Strategy (NACS) dan menyokong agenda reformasi institusi negara dengan menumpukan kepada pendekatan akar umbi dan pembinaan modal sosial (social capital) berasaskan integriti.

Gerakan ini membawa mesej bahawa perjuangan menolak rasuah tidak hanya tanggungjawab kerajaan, tetapi gerakan bersama rakyat yang menuntut sistem berintegriti, adil dan telus.

IKRAM dan #RasuahBusters menyeru seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa atau latar belakang untuk bersama-sama menjayakan KIAR 2025 sebagai simbol solidariti nasional menolak rasuah dan membina semula kepercayaan (trust capital) negara.

Melalui sokongan berterusan semua pihak, KIAR 2025 diharap menjadi wadah penting dalam membentuk Malaysia yang berintegriti, sejahtera dan bebas rasuah, sekali gus memperkukuh hala tuju ke arah Negara Rahmah yang disegani dunia.

Sekian, terima kasih.

PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA
11 November 2025

*Nota: Untuk info lanjut, hubungi Unit Komunikasi & Advokasi IKRAM, Sdr Iqbal, 016-2214004.

 

LAMPIRAN – JADUAL KEMPEN INTEGRITI DAN ANTIRASUAH 2025

Tarikh Acara Lokasi Keterangan Lanjut
16 November 2025  Majlis Pelancaran Rasmi KIAR 2025 Pejabat IKRAM Putrajaya Perasmian oleh Presiden IKRAM dan Ketua Pegawai Eksekutif IIM
28.10.2025

hingga

30.11. 2025

 Pertandingan Video Pendek “Integriti Dibina, Rasuah Binasa Platform Online Penyertaan 4 kategori

(Pelajar/Guru Sekolah, Mahasiswa IPT, Sektor Awam, Umum/Terbuka)

1 – 31
Disember 2025
 Pertandingan Melukis Komik Banters Rasuah Platform Online Penyertaan 3 kategori

(Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, Dewasa/Umum)

November – Disember 2025 Konvoi Motosikal Jelajah Integriti Jelajah Integritik ke lokasi–lokasi yang akan ditentukan mengikut zon Tengah, Selatan, Utara dan Pantai Timur
13 Disember 2025  Karnival Hari Antirasuah Antarabangsa 2025 AEON Mall

Seremban 2

TED Talk HARA, mural integriti, pertandingan mewarna, reruai interaktif dan penyampaian hadiah
November –  Disember 2025  Penulisan Artikel Integriti & Antirasuah Akhbar Sinar Harian Menampilkan tokoh-tokoh masyarakat dan pemimpin IKRAM sebagai wacana nilai amanah dan integriti dalam kehidupan seharian
Disember 2025  Forum Integriti dan Anti Rasuah Sinar Harian/ Karangkraf Menampilkan Bicara Bina Negara dalam konteks Integriti, Governans dan Anti Rasuah

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia