Sidang Wanita Pulau Pinang 2025: Dua Ahli IKRAM Terpilih

PULAU PINANG – Dua ahli wanita daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) kini mencipta sejarah tersendiri apabila dipilih sebagai wakil rakyat simulasi dalam Sidang Wanita Pulau Pinang 2025.

Sidang ini menjadi sebuah platform berprestij yang menghimpunkan barisan pemimpin wanita negeri itu untuk berbahas, membentang usul dan merangka solusi kepada isu-isu semasa negeri secara profesional dan progresif.

Program yang dianjurkan oleh Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (PWDC) ini memasuki edisi keenamnya, terus menjadi wadah penting bagi melatih dan memperkasa kepimpinan wanita dalam konteks sebenar pembuatan dasar dan tadbir urus negeri.

Sebagai langkah persediaan, PWDC menganjurkan Bengkel Persediaan Perwakilan (Fasa 3), sebuah platform penting yang bukan sekadar latihan teknikal, tetapi medan pembinaan idealisme, semangat perjuangan dan jalinan solidariti dalam kalangan peserta Sidang Wanita 2025.

Bengkel yang berlangsung pada Sabtu, 4 Oktober lalu dimulakan dengan pengumuman rasmi Konstituensi Perwakilan oleh Dato’ Hajah Aida Yusof Rawa, diikuti ucapan inspirasi oleh Puan Nurhidayah Che Rose mewakili Jawatankuasa Petugas Sidang.

Peserta turut berpeluang menimba pengalaman berharga melalui Sesi Inspirasi dan Hala Tuju Usul bersama Ketua Pegawai Eksekutif PWDC, Dato’ Ong Bee Leng, yang memperkenalkan konsep Top-Up Women Only Additional Seats (WOAS) iaitu satu mekanisme yang memberi ruang tambahan kepada wanita untuk terlibat secara bermakna dalam proses demokrasi dan pembuatan keputusan.

Turut berlangsung ialah taklimat penulisan profil oleh Puan Nurul Hanis Isnin, serta penerangan mengenai tatacara persidangan oleh Encik Izwan Ali Imran Wazani daripada Sekretariat Sidang Wanita 2025.

Antara nama yang mencuri tumpuan ialah Puan Atriza Umar, Pegawai Kanan di Jabatan Pendidikan Masyarakat, Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), yang dilantik sebagai ADUN N36 – Pantai Jerejak.

Beliau yang kini sedang melanjutkan pengajian Doktor Falsafah (PhD) di Open University Malaysia (OUM) dengan kajian bertajuk Model Kepimpinan Wanita Menurut Konteks Maqasid Syariah, membuktikan bahawa ilmu dan aktivisme sosial boleh digabungkan bagi melahirkan pemimpin wanita berwawasan.

Dalam simulasi sidang tersebut, beliau diberi amanah sebagai EXCO Agroteknologi & Keterjaminan Makanan serta Pembangunan Koperasi, portfolio yang menuntut daya fikir strategik, empati terhadap masyarakat tani, dan keupayaan merencana dasar pembangunan ekonomi rakyat.

“Penyertaan wanita dalam sektor agroteknologi bukan sekadar tentang inovasi pertanian, tetapi tentang keterjaminan masa depan keluarga dan komuniti,” ujar beliau dengan penuh semangat.

Turut mencuri perhatian ialah Puan Nurul Hidayah Abd. Halim, Ketua Wanita IKRAM Kawasan Permatang Pauh, yang dilantik sebagai ADUN N37 – Batu Maung dan Timbalan Ketua Menteri I dalam simulasi tersebut. Beliau adalah peserta pertama daripada IKRAM yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri 1.

Dengan memegang portfolio Pembangunan Agama Islam, Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Perpaduan Masyarakat, beliau menyerlah sebagai tokoh wanita muda yang berjiwa besar, membawa idealisme Islam Rahmah dan semangat Madani dalam kepimpinan negeri.

“Wanita bukan sekadar pelengkap, tetapi penggerak kepada kesejahteraan masyarakat. Kita perlu membina dasar berasaskan ilmu, kasih sayang dan integriti,” katanya ketika ditemui selepas bengkel.

Seramai 11 Barisan Exco, 18 Backbencher dan 11 Pembangkang akan beraksi pada Sidang Wanita Pulau Pinang 2025 yang akan berlangsung secara rasmi pada 22 November 2025, dengan siaran langsung di Facebook Penang Women’s Development Corporation.

Program ini menjadi pentas simbolik mengumpulkan wanita daripada pelbagai latar belakang, penjawat awam, akademik, NGO, profesional mahupun aktivis komuniti dapat bersuara dan berbahas secara demokratik, seakan-akan di dalam sidang DUN sebenar.

PWDC yang ditubuhkan pada tahun 2011 komited membina Pulau Pinang sebagai negeri yang maju, progresif dan inklusif, melalui usaha berterusan menggalakkan kesaksamaan gender dan peluang saksama bagi wanita dan lelaki tanpa mengira etnik, agama atau status sosioekonomi.

Kehadiran dua ahli IKRAM dalam barisan perwakilan ini membuktikan komitmen berterusan IKRAM dalam memperkasa kepimpinan wanita berasaskan ilmu, akhlak dan tanggungjawab sosial. Kedua-duanya telah melepasi dua tahap saringan pada sesi 1 dan sesi 2 lalu.

Dari medan dakwah dan pendidikan hingga ke dewan perbahasan negeri, IKRAM terus membawa nilai Islam yang Rahmah, progresif dan berpandangan jauh, seiring matlamat Malaysia MADANI.

Tahniah kepada Puan Atriza Umar dan Cik Puan Nurul Hidayah Abd Halim, dua nama ahli IKRAM yang akan mengangkat martabat wanita Malaysia di persada kepimpinan!

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia