Tangani Kemiskinan Secara Holistik: IKRAM Kunjungi ICU JPM

Tangani Kemiskinan Secara Holistik: IKRAM Kunjungi ICU JPM

PUTRAJAYA – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) mengadakan kunjungan hormat ke Bahagian Kesejahteraan Rakyat (BSR), Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri semalam.

Di samping meneroka ruang kerjasama, IKRAM telah melakukan pembentangan bertajuk “Menangani Kemiskinan: Pendekatan Holistik dan Manusiawi” dengan penekanan untuk memahami kemiskinan sebagai isu pelbagai dimensi merangkumi ekonomi, sosial, pendidikan, kesihatan dan perlindungan sosial.

Berdasarkan kajian lapangan miskin bandar melibatkan 434 ketua isi rumah di Kuala Lumpur dan Selangor, IKRAM telah mengemukakan indeks kemiskinan pelbagai dimensi (Multidimensional Poverty Index – MPI) yang ditambah baik dengan tambahan petunjuk-petunjuk untuk modal sosial, perlindungan sosial dan beban kewangan.   

IKRAM turut menegaskan kepentingan dasar berasaskan bukti (evidence-based policy), berpaksikan Maqasid Syariah serta mengambil kira sikap dan tingkah laku kumpulan sasar berpandukan dapatan dari bidang behavioural economics/insights.

Antara inisiatif yang diketengahkan termasuk intervensi pendidikan melalui modul IMPAK (Ibu Bapa Memastikan Peningkatan Akademik Anak), intervensi literasi dan numerasi untuk menangani keciciran dan modul kemahiran bagi pemerkasaan ekonomi bagi golongan B40. 

Dalam sesi berkenaan, pihak ICU berkongsi peranan mereka dalam mengendalikan pengkalan data e-Kasih bagi golongan miskin di Malaysia, kriteria pendapatan garis kemiskinan (PGK) yang digunakan serta peranan yang dimainkan oleh Pejabat Pembangunan Negeri (PPN). 

Pihak ICU JPM diwakili Pengarah BSR, Pn. Mashitah @ Suhailah Suid serta Pn. Azah Mastura Ismail, Pn. Hazlinda Balkesh Annuar, Pn. Roshidah Musa, En. Muhammad Zhafir Noor Rafizan dan En. Putra Mirza Mifzal Mohd Fafli. 

Delegasi IKRAM pula diketuai oleh Presiden IKRAM, Haji Badlishah Sham Baharin dan disertai En. Mohammad Abdul Hamid, Dr Sabariah Baharun, Dr. Maznah Ahmad, Pn. Faridah Maludin, Dr. Ahmad Zainuddin Abdullah, En. Mohd Iqbal Hakim Mohd Adnan dan En. Abdullah Azzam Azmi.

Melalui kunjungan ini, pihak ICU JPM dan IKRAM dapat berkongsi pandangan dan meneroka ruang kerjasama dalam menangani isu kemiskinan secara berkesan di negara ini.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia