AISAR: IKIM Setuju Bekerjasama Jayakan Konvensyen

KUALA LUMPUR – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) telah melakukan kunjungan hormat ke Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) semalam bagi menjalin kerjasama strategik, khususnya dalam penganjuran Konvensyen Masyarakat Madani.

Menurut Ketua Jabatan Pendidikan Masyarakat IKRAM, Dr. Mohd Faridz Ismail, pada asasnya IKIM sangat bersetuju dan akan memberikan kerjasama dalam Konvensyen Masyarakat MADANI yang dianjurkan IKRAM.

Konvensyen yang dijangka diadakan pada Sabtu, 1 November 2025 di Bangunan SUK Negeri Selangor itu akan mengulas tajuk “Menolak Ketaksuban, Mempromosi Hikmah Melalui Asas Islam Rahmah (AISAR).”

Tambahnya, pihak IKIM menegaskan bahawa isu ghuluw dan pandangan melampau harus diubati dengan segera bagi mengelakkan perpecahan yang akan berlaku dalam masyarakat.

Bagi IKIM, pendekatan IKRAM yang mengemukakan alternatif melalui jalan pendidikan masyarakat dengan mempromosi hikmah dan Asas Islam Rahmah (AISAR) sangat ditunggu-tunggu dalam masyarakat.

Dalam kunjungan ini, delegasi IKRAM diketuai oleh Presiden, Hj Badlishah Sham Baharin, diiringi En. Mohd. Hafiz Abd. Hamid (Setiausaha Agung),  Ustaz Dr. Hj Syazalie Hirman Ahmad Najib (Ahli JKP Tarbiah & Modal Insan), Ustaz Nu’man Hani Jamal (Ahli JKP Pendidikan Masyarakat) dan beberapa kakitangan.

Manakala IKIM diketuai oleh Ketua Pengarah, Prof. Madya Dato’ Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil, bersama Hj. Ahmad Fuad Mat Ali (Pengarah Pusat Media),  Pn. Nor Hartini Saari (Ketua Unit Program & Latihan) serta En. Sharuzi Ismail (Unit Perhubungan Korporat).

Semoga pendekatan Asas Islam Rahmah (AISAR) dalam menyantuni masyarakat menjadi langkah awal membendung penyakit ghuluw, pandangan melampau dan ekstrem untuk mencapai Malaysia sebagai sebuah Negara Rahmah dan diberkati..

Hasil daripada kunjungan ini, diharapkan kerjasama strategik antara IKRAM dan IKIM dapat diteruskan dalam pelbagai aspek untuk mendidik masyarakat dengan kefahaman Islam yang sebenar, insya-Allah.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia