Anak Muda Meriahkan Futsal, Kukuhkan Jalinan Komuniti

KUALA LUMPUR – Pasukan futsal Longyan FC muncul juara, manakala At-Taqwa A meraih naib johan dan Zeym X Samudra di tempat ketiga dalam Kejohanan Futsal Amal Merdeka 2025 pada Ahad lalu di Sportizza, Setapak.

Sebanyak 20 pasukan dari Kuala Lumpur dan Selangor termasuk penyertaan dari Puchong, Meru dan Sabak Bernam telah memeriahkan kejohanan futsal yang bertemakan “Gol Kita, Harapan Mereka.”

Kejohanan ini bukan sekadar medan sukan, tetapi turut menjadi platform penyatuan komuniti dan pengukuhan semangat kesukarelawanan.

Sambutan yang menggalakkan daripada pelbagai pasukan dalam kalangan B40 ini membuktikan bahawa sukan mampu menjadi wadah penyatuan masyarakat.

Kejohanan Futsal Amal Merdeka 2025 dianjurkan oleh Yayasan Ikram Malaysia (yaIKRAM) dengan kerjasama Al-Ain FC dan IKRAM Muda Batu.

Dalam ucapannya, Pengerusi yaIKRAM, Hj. Ainullotfi Abdul Latif menekankan bahawa acara ini bukan sahaja menampilkan wajah anak muda aktif, malah mencerminkan usaha yaIKRAM membina ekosistem sosial yang mampan.

“Kami mahu memupuk budaya sukarelawan, menyemai nilai ihsan sejak awal dan mencipta platform yang menyatukan NGO, masyarakat, sektor swasta dan anak muda.” 

Tambah beliau, yaIKRAM mengalu-alukan lebih banyak penyertaan daripada institusi pendidikan, badan korporat serta individu dermawan untuk bersama menjayakan program seperti ini.

“Sokongan bukan hanya dalam bentuk kewangan, tetapi juga kepakaran, masa dan jaringan. Setiap bentuk sokongan adalah pelaburan jangka panjang bagi membina negara yang lebih rahmah dan berdaya saing,” jelas beliau.

Turut hadir memeriahkan kejohanan Ketua Pegawai Eksekutif yaIKRAM, Ts. Dr. Zaharuddin Saidon; Presiden Al-Ain FC, Mohd Said Muslim: Timbalan Ketua IKRAM Muda Kuala Lumpur, Muhammad Syahir Nujaba Ahmad; Yang Dipertua IKRAM Batu, Wan Mohd Zukri Che Mat Zin serta Ketua IKRAM Muda Batu, Ahmad Isyraf Imrani Mohd Zakil Hussin. 

yaIKRAM turut merakamkan penghargaan kepada YB Nik Nazmi Nik Ahmad dan Pusat Khidmat Parlimen Setiawangsa serta Klinik IKRAM Melawati atas sumbangan dan sokongan, di samping menghargai dedikasi sukarelawan Kor i-Bantu yang memastikan kelancaran program. 

Kejohanan yang turut diserikan dengan acara sampingan sukaneka, cabutan bertuah dan penglibatan keluarga ini diharap dapat diteruskan pada tahun-tahun akan datang dengan penyertaan lebih besar dan impak yang lebih meluas kepada masyarakat.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia