Menangani Kepadatan Sekolah Bandar: Cadangan Pelepasan Cukai Yuran Sekolah Swasta

Menangani Kepadatan Sekolah Bandar: Cadangan Pelepasan Cukai Yuran Sekolah Swasta | IKRAM

Pertubuhan IKRAM Malaysia ingin menarik perhatian terhadap isu kekurangan sekolah rendah dan menengah di kawasan bandar yang semakin mendesak akibat pertumbuhan populasi. Kadar pertambahan sekolah tidak seiring dengan bilangan murid, mengakibatkan kepadatan kelas tinggi.

Menurut laporan, ada sebilangan sekolah  yang  melebihi 40 murid setiap bilik darjah di beberapa bandar utama, jauh melepasi saranan optimum 25–30 murid. Keadaan ini menjejaskan kualiti pembelajaran serta menambah beban guru dan pentadbiran.

Dalam situasi ini, sekolah swasta berdaftar memainkan peranan penting sebagai pelengkap kepada ekosistem pendidikan negara. Dengan menyediakan ruang alternatif, sekolah swasta membantu mengurangkan tekanan kapasiti di sekolah kerajaan.

Namun, kos pendidikan di sekolah swasta ditanggung sepenuhnya oleh ibu bapa melalui yuran yang tinggi, sekali gus menjadi cabaran kewangan bagi kebanyakan keluarga.

IKRAM berpandangan bahawa sumbangan ibu bapa yang memilih sekolah swasta wajar diiktiraf kerana mereka turut membantu kerajaan menjimatkan kos pembinaan dan operasi sekolah baharu. Lebih penting, ia memastikan murid mendapat persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif.

Sehubungan itu, Pertubuhan IKRAM Malaysia menggesa kerajaan memasukkan yuran persekolahan di sekolah rendah dan menengah swasta berdaftar ke dalam kategori pelepasan cukai pendapatan individu.

Cadangan ini akan memberi tiga manfaat utama:

  1. Meringankan beban kewangan ibu bapa kelas pertengahan.
  2. Menggalakkan perkongsian tanggungjawab antara kerajaan dan masyarakat dalam pendidikan.
  3. Menyokong kelestarian sistem pendidikan, dengan mengiktiraf peranan sekolah swasta sebagai rakan strategik.

 

IKRAM yakin langkah ini bukan sahaja menangani isu kepadatan sekolah bandar, malah membina sistem pendidikan yang lebih inklusif dan mampan, demi memastikan semua anak Malaysia mendapat akses pendidikan berkualiti.

Dr Omar Yaakob
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia