DMY Syuhada’ Juara Pentas Akhir Akademi Daie Muda YADIM 2025

PUTRAJAYA: Salah seorang pelatih di Ibu Pejabat IKRAM, Daie Muda YADIM (DMY) Nurul Syuhada’ Mohd Kamil muncul menjadi juara apabila meraih Anugerah Perdana Daie Muda di Pentas Akhir Akademi Daie Muda YADIM (ADMY) pada Khamis, 31 Julai lalu di Masjid Putra di sini. 

DMY Syuhada’ yang memukau juri dan hadirin dengan tajuk persembahan ‘Aku Content Creator, Viral dengan Nilai dan Berhikmah di Alam Maya’ turut meraih anugerah Anugerah Muslimah Inspirasi yang membolehkan beliau membawa pulang hadiah keseluruhan berjumlah RM15,000.

Lebih manis, graduan Sarjana Muda Pengajian Islam (Dakwah) dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) ini turut menjadi finalis wanita pertama yang memenangi Anugerah Perdana Daie Muda selepas tujuh siri Pentas Akhir ADMY berlangsung.

“Saya mahu memberi inspirasi walau di mana saya ditempatkan dan berada. Kemenangan ini bukan milik saya seorang, tetapi semua 31 pelatih program ini,” ujar DMY Syuhada’.

Menariknya, seorang lagi pelatih di Ibu Pejabat IKRAM, DMY Nursyazwina Zaidi turut menjadi finalis pentas akhir dan terpilih sebagai pemenang kategori Anugerah Daie Qudwah, manakala DMY Muhammad Luqman Suhairi pula meraih Anugerah Imam Muda, masing-masing membawa pulang wang tunai RM5,000, trofi, baucar hadiah, hamper dan sijil.

Tiga lagi finalis iaitu DMY Sophiah, DMY Faizikri dan DMY Aida pula meraih hadiah sagu hati, dan hadiah telah disampaikan oleh Yang Dipertua YADIM, Datuk Dr. Hasan Bahrom diiringi Ketua Pegawai Eksekutif, Ustaz Zamri Zainal Abidin.

Ketika merasmikan majlis yang yang disertai lebih 400 tetamu di Auditorium Ibnu Sina di Masjid Putra, Datuk Dr. Hasan dalam ucapannya berpesan agar semua pelatih ADMY terus istiqamah dalam perjuangan dakwah dan menegaskan bahawa kesemua mereka bukan sahaja seorang pendakwah, tetapi juga pemimpin masa hadapan.

Pentas Akhir Akademi Daie Muda YADIM merupakan kemuncak kepada program ADMY yang telah berlangsung sejak Mei lalu, yang menyaksikan enam finalis daripada 31 pelatih berentap selepas tiga bulan didedahkan dengan pelbagai modul latihan dalam kelas dan di lapangan.

IKRAM mengucapkan tahniah kepada DMY Syuhada’ dan DMY Syazwina atas kejayaan ini dan mendoakan agar kesemua pelatih ADMY meneruskan agenda dakwah mereka dan menunjukkan teladan yang baik kepada masyarakat, insya-Allah.

Sumber foto: YADIM

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia