Sampai Bila Nyawa Jadi Taruhan di Jalan Raya?

Tragedi menyayat hati di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) baru-baru ini, yang meragut nyawa 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), bukan sekadar satu lagi kemalangan jalan raya yang menggemparkan.

Ia adalah bukti nyata betapa lemahnya sistem penguatkuasaan jalan raya di negara ini – sistem yang gagal menghalang pemandu berisiko tinggi dan kenderaan bermasalah daripada terus berada di atas jalan.

Lebih mengejutkan, pemandu bas terlibat dilaporkan mempunyai 18 saman trafik termasuk kesalahan berulang memandu laju. Malah, bas persiaran itu sendiri direkodkan memiliki 21 saman tertunggak.

Bagaimana individu dan kenderaan seperti ini masih dibenarkan beroperasi? Persoalan ini bukan remeh kerana ia melibatkan nyawa, dan ia sepatutnya menjadi keutamaan pihak berkuasa.

Masalah utama bukanlah jumlah saman semata-mata, tetapi kegagalan sistem mengenal pasti dan mengambil tindakan terhadap pemandu serta kenderaan yang telah berulang kali melanggar undang-undang. Kita memerlukan pendekatan penguatkuasaan yang lebih proaktif dan tegas.

Sudah acap kali kita mendengar jaminan “penguatkuasaan akan diperketat” setiap kali berlaku kemalangan tragik. Namun, janji ini sering kali tinggal janji. Selepas tumpuan media beralih, segala-galanya kembali seperti biasa. Sampai bila kita mahu terus bertindak hanya selepas nyawa melayang?

Mereka yang terkorban dalam tragedi ini bukan sekadar angka statistik. Mereka adalah anak, sahabat dan generasi masa depan negara.

Kehilangan mereka perlu menjadi peringatan keras kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan syarikat pengangkutan – bahawa kelemahan dalam sistem bukan sahaja mengundang risiko, malah mengorbankan nyawa.

Antara langkah konkrit yang patut dilaksanakan segera termasuk:

  1. Penggantungan Lesen Secara Automatik: Pemandu yang mempunyai lebih daripada tiga saman serius – contohnya kesalahan memandu laju atau melanggar lampu isyarat – dalam tempoh setahun perlu digantung lesen secara automatik tanpa perlu menunggu siasatan lanjut.
  2. Sekatan Operasi Kenderaan Bermasalah: Kenderaan komersial yang mempunyai saman tertunggak atau gagal pemeriksaan keselamatan perlu dihalang daripada beroperasi sehingga disahkan benar-benar selamat.
  3. Audit Menyeluruh Syarikat Pengangkutan: Syarikat yang mengabaikan aspek keselamatan perlu dikenakan denda berat, dan dalam kes berulang, lesen mereka perlu dibatalkan bagi memastikan hanya operator yang bertanggungjawab dibenarkan beroperasi.
  4. Penggunaan Teknologi Penguatkuasaan Masa Nyata: Sistem seperti kamera berasaskan AI, pengimbas nombor plat automatik dan integrasi e-saman boleh membantu mengenal pasti pemandu berisiko tinggi sebelum tragedi berlaku.

Kita tidak boleh terus membiarkan nyawa rakyat menjadi taruhan di jalan raya hanya kerana kelemahan sistem dan sikap lepas tangan sesetengah pihak. Apa yang diperlukan bukanlah lagi janji atau reaksi selepas kejadian, tetapi tindakan pencegahan yang tegas dan konsisten.

Rakyat mahukan jaminan keselamatan di jalan raya, bukan hanya statistik penurunan kemalangan atau kenyataan media selepas tragedi. Cukuplah sudah. Tragedi seperti ini tidak patut berulang.

Sudah tiba masanya kita benar-benar menegakkan prinsip akauntabiliti dan integriti dalam penguatkuasaan undang-undang jalan raya. Demi keselamatan semua, jangan biarkan tragedi seterusnya menjadi peringatan yang sudah terlambat.

Dr Omar Yaakob
Ahli Jawatankuasa Pusat
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia