Spiritual Distress: Kesan, Jenis & Cabaran Tersembunyi

Spiritual distress atau tekanan kerohanian merupakan keadaan yang dialami oleh seseorang apabila berlaku gangguan dalam sistem kepercayaan, nilai atau tujuan hidup mereka. 

Spiritual distress merupakan pengalaman yang boleh memberi kesan mendalam kepada kesejahteraan seseorang individu.

Dari perspektif penjagaan kesihatan, pakar-pakar kanser melalui garis panduan National Comprehensive Cancer Network (NCCN) mendefinisikan distress sebagai pengalaman emosi tidak menyenangkan yang melibatkan pelbagai faktor psikologi, sosial dan kerohanian yang boleh menjejaskan keupayaan pesakit untuk menghadapi kanser serta rawatannya. 

Distress ini boleh bermula daripada perasaan biasa seperti sedih dan takut sehinggalah kepada masalah serius seperti kemurungan dan pergolakan makna hidup.

Dari sudut pandangan lebih khusus terhadap aspek kerohanian, para sarjana seperti Herdman, Puchalski dan Delgado-Guay menjelaskan spiritual distress sebagai kesukaran untuk merasai dan memahami erti serta tujuan hidup yang merangkumi perasaan putus hubungan dengan diri sendiri, orang lain dan dengan Tuhan atau kuasa yang lebih tinggi. 

Dalam erti kata lain, spiritual distress ialah kesakitan yang mendalam dalam jiwa seseorang, yang menyentuh aspek paling asas dalam pencarian makna hidup manusia.

Spiritual distress boleh berlaku dan dialami oleh manusia tanpa mengira zaman, waktu, usia dan jantina. Walaupun pada tahun 2025 ini masyarakat semakin terdedah kepada dunia digital dan teknologi canggih, spiritual distress bukanlah masalah eksklusif bagi mereka yang terpengaruh dengan gaya hidup digital.

Hakikatnya, manusia daripada setiap latar belakang dan gaya hidup berpotensi mengalami tekanan kerohanian ini dalam perjalanan kehidupan mereka.

Individu yang kurang terlibat dengan teknologi digital juga tidak terkecuali daripada mengalami spiritual distress. Cabaran hidup seperti kehilangan orang tersayang, penyakit kronik, kegagalan kerjaya, konflik keluarga atau perubahan drastik dalam kehidupan boleh mencetuskan persoalan tentang makna hidup dan nilai kewujudan.

Begitu juga dengan tekanan sosial, ekonomi dan politik dalam masyarakat yang boleh menggugat ketenangan jiwa dan kepercayaan seseorang.

Persoalan-persoalan asas seperti “Mengapa saya di sini?”, “Apakah tujuan hidup ini?” atau “Mengapa perkara buruk berlaku kepada orang baik?” sering muncul semasa menghadapi kesukaran, tanpa mengira sama ada seseorang itu celik teknologi atau tidak.

Spiritual distress ini sering berkait dengan nilai diri yang terdiri daripada pengalaman manusia. Kekosongan spiritual boleh dirasai oleh seseorang walaupun dalam kehidupannya yang kelihatan lengkap dari segi material. Hal ini menunjukkan bahawa kemewahan hidup dan kemudahan moden tidak semestinya mengisi keperluan jiwa.

Spiritual distress merupakan pengalaman manusia yang merentasi sempadan teknologi, umur, budaya dan latar belakang sosial yang menggambarkan pencarian manusia yang berterusan terhadap makna yang lebih mendalam dalam kehidupan.

Kesan spiritual distress terhadap kesihatan

Tekanan spiritual atau spiritual distress tidak hanya memberi kesan kepada jiwa seseorang, malah turut menjejaskan kesihatan fizikal dan mental dengan pelbagai cara. Apabila seseorang mengalami tekanan rohani, kesakitan fizikal yang dialami mungkin dirasakan lebih teruk, sama seperti individu itu berasa risau atau sedih apabila mengalami luka kecil namun dirasakan teramat sakit.

Dia akan bertanya-tanya “Kenapa saya yang sakit?” atau “Apa makna hidup ini, saya telah sakit?” Persoalan ini biasanya berlaku kepada individu yang mengalami spiritual distress iaitu berasa lebih sakit berbanding dengan individu yang menerima keadaan mereka yang mengalami atau ditimpa kesakitan.

Perasaan ini berlaku kerana perasaan risau dan sedih berlebihan dalam jiwa mereka yang memberi kesan kepada bagaimana otaknya memproses rasa sakit, menjadikannya rasa sakit itu sukar untuk dikawal.

Tekanan kerohanian juga boleh membawa kepada masalah emosi seperti kemurungan dan kebimbangan. Apabila seseorang tidak dapat mencari makna atau hikmah dalam pengalaman sukar yang dilalui, maka perasaan putus asa dan sedih mudah menguasai diri, seterusnya menjejaskan kesihatan emosi secara keseluruhan dan mengurangkan keupayaan untuk berasa gembira dalam kehidupan seharian.

Spiritual distress turut membawa kepada penurunan kualiti hidup dan kepuasan. Individu yang bergelut dengan persoalan spiritual sering kali sukar untuk menikmati kehidupan dan menghargai perkara-perkara kecil yang membawa kebahagiaan.

Dalam situasi yang lebih serius, mereka mungkin mula memikirkan tentang kematian atau tidak lagi melihat nilai dan pengajaran berdasarkan cabaran dalam kehidupan yang sedang dialami pada ketika itu.

Jenis-jenis spiritual distress yang sering dialami

Spiritual distress boleh dibahagikan kepada beberapa jenis berdasarkan pergolakan dalaman yang dialami oleh seseorang. Artikel ini menjelaskan empat daripada sembilan jenis secara umum.

i) Pertama, berlaku pergolakan makna hidup apabila seseorang kehilangan makna dan tujuan dalam kehidupannya. Perasaan ini sering muncul ketika mengalami penyakit yang kronik, kehilangan pekerjaan atau mengalami perubahan drastik dalam kehidupan.

Seseorang yang menghadapi pergolakan hidup mungkin akan mengatakan, “Hidup saya tiada makna” kerana mereka tidak dapat lagi melakukan aktiviti yang memberi erti kepada kehidupan mereka. Mereka mungkin merasakan tidak berguna apabila tidak dapat menyumbang sesuatu kepada keluarga atau masyarakat seperti sebelumnya.

Krisis ini membawa kepada persoalan mendalam tentang nilai kewujudan mereka, untuk apa lagi mereka hidup, mengapa mereka perlu lagi hidup, apa tujuan penderitaan yang dialami dan berfikir sama ada hidup mereka telah memberi kesan positif selama ini atau membawa kepada kesan negatif.

ii) Kedua, berkaitan dengan hubungan mereka dengan Tuhan atau kuasa yang lebih tinggi. Seseorang yang mengalami spiritual distress berkemungkinan merasakan dan memikirkan bahawa “Tuhan telah meninggalkan saya” pada saat sukar.

Perasaan marah terhadap Tuhan akan timbul apabila musibah berlaku tanpa sebab yang jelas, terutamanya kepada individu yang tidak bersalah. Situasi ini menyebabkan konflik dalaman kerana perasaan marah lebih menguasai berbanding meletakkan kepercayaan agama terlebih dahulu.

Keraguan tentang kewujudan dan kehadiran Tuhan muncul apabila doanya tidak dimakbulkan dan kesakitan yang dialami berlaku secara berterusan tanpa kesudahan dan kesembuhan.

iii) Seterusnya ialah rasa putus asa dan kesedihan mendalam. Individu yang menerima dan ditimpa penyakit kronik atau kritikal berkemungkinan berkata “Hidup saya dipendekkan” kerana merasa masa depan yang diimpikan telah hilang dan “dirampas”.

Perasaan ini turut berlaku pada individu yang hilang orang tersayang sehingga mencetuskan kerinduan yang sukar diungkapkan.

Perasaan bersalah sering muncul apabila seseorang percaya penyakit yang dihadapi merupakan hukuman kerana kesalahan dilakukan pada masa lalu, seterusnya timbul perasaan malu apabila stigma sosial dikaitkan dengan penyakit tersebut.

iv) Jenis seterusnya ialah berlakunya pergolakan agama dalam diri iaitu seseorang mula mempersoalkan tentang kepercayaan atau amalan agama dan kerohanian mereka.

Hal ini berlaku apabila seseorang kehilangan keyakinan terhadap ajaran agama yang selama ini dipegang atau apabila mereka tidak dapat lagi menemui makna dan ketenangan dalam kepercayaan agama mereka.

Individu yang mengalami pergolakan ini sering terfikir, “adakah agama itu benar?” Dia mula mempersoalkan asas kepercayaan yang selama ini menjadi panduan hidupnya, terutamanya apabila menghadapi situasi sukar yang tidak dapat dijelaskan oleh ajaran agama mereka.

Pergolakan agama yang dialami semakin menebal apabila tiada komuniti agama yang terdiri daripada ahli agama/kariah/persatuan yang memberikan sokongan atau jawapan yang diperlukan semasa individu itu menghadapi cabaran hidup.

Bagi sesetengah individu, pegangan agama yang sebelum ini membantu mereka menghadapi masalah kini tidak lagi berkesan sebagai mekanisme untuk menangani kesukaran hidup yang dialami oleh mereka.

Dimensi penting kesihatan

Spiritual distress merupakan dimensi penting dalam kesihatan menyeluruh yang sering diabaikan dalam penjagaan kesihatan moden. Malaysia yang terkenal dengan kepelbagaian budaya dan kepercayaan agama memerlukan pendekatan tersendiri untuk menangani masalah spiritual.

Memahami tanda-tanda dan jenis spiritual distress mampu membantu profesional kesihatan, ahli agama, keluarga dan masyarakat memberikan sokongan bermakna kepada mereka yang mengalami krisis ini.

Rawatan spiritual distress memerlukan pendekatan bersepadu yang mengiktiraf nilai kerohanian dalam kehidupan. Ia melibatkan penyediaan ruang untuk perbincangan tentang persoalan kerohanian, perkhidmatan kaunseling spiritual dan menggalakkan amalan kerohanian yang bersesuaian dengan kepercayaan masing-masing.

Ia bukan sahaja mampu membantu individu itu menemui semula makna kehidupan, harapan dan ketenangan, malah berupaya meningkatkan kesejahteraan fizikal, mental dan spiritual mereka.

Prof. Madya Dr. Khairul Hamimah Mohammad Jodi
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
Open Universiti Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia