Majlis Iftar Perpaduan: Usaha IKRAM Bina Jambatan Keharmonian

SERI KEMBANGAN – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) telah menganjurkan Majlis Iftar Perpaduan semalam yang berlangsung dengan penuh harmoni dan semangat muhibah di ibu pejabatnya di sini.

Acara ini menghimpunkan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan komuniti berbilang agama serta bangsa bagi menyemarakkan nilai perpaduan di Malaysia.

Majlis yang dihadiri tidak kurang daripada 40 orang ini menyaksikan penyertaan NGO seperti Christians for Peace and Harmony in Malaysia (CPHM), The Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH), GOPIO International, Hindu Sevai Sangam, Persatuan Pendidikan Ilham, Gerakan Belia Sepunjabi Malaysia, EWRF, LLG Cultural Development Centre Bhd, Architects of Diversity, Pertubuhan Pemuda GEMA Malaysia, Tindak Malaysia, PUPUK, Persatuan Dhammaduta Malaysia dan Komuniti Bahai Malaysia.

Turut hadir menyerikan majlis adalah tujuh orang pegawai dan staf pentadbiran daripada Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN).

Presiden IKRAM, Hj Badlishah Sham Baharin dalam ucapannya menekankan bahawa majlis ini bukan sekadar satu acara berbuka puasa, tetapi ia merupakan simbol usaha membina jambatan persaudaraan dan keharmonian antara semua lapisan masyarakat.

Beliau turut menyentuh makna Ramadan sebagai bulan yang mendidik jiwa, membentuk karakter serta meningkatkan ketakwaan kepada Allah.

“Puasa bukan sekadar menahan diri daripada makan dan minum, tetapi juga melatih kita untuk menjaga tutur kata, penglihatan, pendengaran dan seluruh anggota badan daripada perkara-perkara yang tidak baik.”

“Malah, Rasulullah ﷺ mengajarkan bahawa sekiranya seseorang cuba menimbulkan pertelingkahan dengan kita, maka kita disuruh untuk berkata, ‘Sesungguhnya aku sedang berpuasa.’ Ini menggambarkan bagaimana Ramadan mengajarkan nilai kesabaran, kebijaksanaan dalam membuat keputusan serta pengawalan diri yang tinggi,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa Malaysia adalah tanah air yang kita cintai dan menjadi tanggungjawab semua rakyat untuk membentuk masa depan yang lebih harmoni. Dalam konteks ini, IKRAM menitikberatkan kepentingan membina persefahaman dan rasa hormat antara satu sama lain.

“Saya sendiri, sebagai ahli Jawatankuasa HARMONI Kebangsaan, sering berinteraksi dengan ketua-ketua agama lain seperti Hindu, Buddha, Kristian dalam usaha memperkukuh nilai hormat-menghormati dan kasih sayang sesama insan.” 

“Kita harus ingat bahawa sebelum kita berbicara tentang agama dan kepercayaan, kita terlebih dahulu adalah manusia yang dikurniakan fitrah kasih sayang dan nilai kemanusiaan,” tambah beliau.

Beliau juga menyeru agar rakyat Malaysia tidak mudah terpengaruh dengan provokasi yang cuba memecah-belahkan masyarakat, sebaliknya perlu mencari solusi, memperkukuh dialog dan membina jalinan kerjasama antara pelbagai pihak.

Dalam usaha ini, beliau menekankan kepentingan platform seperti JK HARMONI Kebangsaan dan Gabungan Bertindak Malaysia (GBM) sebagai wadah membina keharmonian yang lebih kukuh.

Penganjuran majlis ini mendapat sambutan positif daripada para hadirin, yang menyifatkan program seumpama ini sebagai langkah proaktif dalam membina hubungan erat antara rakyat Malaysia.

Dengan kejayaan penganjuran Majlis Iftar Perpaduan ini, IKRAM berharap agar lebih banyak pihak tampil bersama dalam usaha memperkukuh perpaduan dan keharmonian negara demi masa depan yang lebih cerah.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia