Persefahaman Seimbang Kunci Kebahagiaan Keluarga Muda

Persefahaman Seimbang Kunci Kebahagiaan Keluarga Muda | IKRAM

SERI KEMBANGAN – Keseimbangan persefahaman dalam hubungan suami isteri merupakan faktor utama yang mempengaruhi kebahagiaan keluarga muda, menurut Pengerusi Pertubuhan Kesejahteraan Psikospiritual Malaysia (PKPM), Dr Kamaliah Noordin.

Kata beliau, ini kerana suami dan isteri datang membawa nilai hidup dan pengalaman yang berbeza serta cara fikir berbeza. 

“Di situ penting berlakunya penyesuaian dan mencari keseimbangan persefahaman antara suami dan isteri, yang juga meraikan sensitiviti masing-masing,” jelas beliau.

Tambahnya, penyatuan dua individu dengan latar belakang yang berbeza merupakan satu cabaran yang boleh dikatakan agak besar.

“Sekiranya kita berjaya mengatasinya, maka saya rasa kita telah meletakkan foundation yang bagus, terutamanya sebelum pasangan itu mendapat anak, perlunya kepada persefahaman dan pertautan hati,” ujarnya.

Tambah Dr Kamaliah lagi, tahap perkahwinan keluarga muda berusia antara 0 hingga 10 tahun. Pada fasa ini, akan berlaku banyak up and down, fasa mengenali pasangan dan keluarga serta penyesuaian diri.

Justeru, beliau berpandangan bahawa keluarga muda ini mudah terdedah kepada perceraian. Namun, pasangan yang berjaya melepasi fasa 10 tahun perkahwinan dilihat akan lebih bahagia dan ikatan kekeluargaan lebih kukuh.

Menurutnya, isu kesihatan mental telah diberi fokus oleh Islam sejak turunnya al-Quran lagi terutamanya dalam institusi keluarga, dan Islam sangat menjaga keharmonian individu dan juga keharmonian sosial masyarakat.

Beliau menjelaskan demikian dalam satu bual bicara bertajuk “Cabaran Kesejahteraan & Kesihatan Mental Dalam Kalangan Anak Muda” di Ibu Pejabat Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM). 

Selain Dr Kamaliah Noordin, dua ahli panel lain ialah CEO ARBA Foundation, Ustaz Azlan Shah Nabees Khan dan Dr Nadzirah Ahmad Basri daripada Kuliyah Perubatan UIAM, manakala Pn Dzilal Abdul Aziz, Ketua Unit Latihan PKPM bertindak sebagai moderator. 

Bual bicara ini bertujuan untuk membincangkan berkenaan cabaran yang dihadapi oleh keluarga muda pada hari ini dan bagaimana ia memberi kesan kepada kesejahteraan mental keluarga tersebut.

Menurut Dr Nazirah, cara untuk keluarga muda mendapatkan sumber sokongan ataupun bantuan supaya mereka dapat mengurus kesihatan mental dan juga cabaran yang dialami adalah dengan mendidik diri untuk menjadi penyokong yang baik agar dapat membina komuniti sokongan yang saling menyokong. 

“Kita mencari sokongan, akhirnya kita kena mendidik diri kita dahulu untuk menjadi penyokong yang baik. Ia adalah tanggungjawab semua untuk menjadi penyokong yang baik,” ujarnya.

Tambahnya, pertama sekali apa yang kita akan lakukan adalah mencari orang yang dirasakan selesa dan boleh dipercayai. 

Oleh itu, katanya, kita juga kena jadi orang yang boleh dipercayai. Selain itu, kita perlu membina kemahiran menjadi pendengar yang baik dan tidak terus merespons dengan memberi nasihat atau penyelesaian masalah kepada orang yang sedang meluah. 

“Dan berusahalah membina sokongan dengan mencari komuniti yang baik yang saling menyokong,” jelas beliau.

Ustaz Azlan Shah pula mengetengahkan tema pentingnya iaitu mengutamakan keluarga berbanding kerjaya.

“Untuk membina komuniti yang sejahtera, kita perlu menjadi kelompok masyarakat yang mengutamakan ‘motherhood’ dan ‘fatherhood’, keluarga lebih diutamakan daripada kerjaya”, ujarnya. 

Beliau juga mengingatkan mengenai kesan negatif yang akan berlaku apabila ibu bapa terlepas untuk meluangkan masa berkualiti dengan anak terutamanya pada fasa tiga atau tujuh tahun pertama. 

“Dalam buku ‘Hold On to Your Kids’ tulisan Gabor Maté dan Gordon Neufeld, dia sebut sekiranya kita tidak dapat meluangkan masa berkualiti dengan anak terutamanya pada fasa tiga atau tujuh tahun pertama, anda akan menghabiskan usia anda untuk membaik pulih hubungan dengan anak anda.”

Sesi bual bicara ini diadakan bersempena pelancaran Sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan (SBKK) IKRAM 2024 pada 6 November lalu, anjuran bersama IKRAM dan PKPM serta dengan kerjasama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia