Pelbagai Masalah Disiplin Pelajar IPT: Apa Faktornya?

Pelbagai Masalah Disiplin Pelajar IPT: Apa Faktornya? | IKRAM

Beberapa minggu yang lalu, masyarakat telah dikejutkan dengan kes buli pelajar yang berlaku di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.

Kes buli pelajar yang berlaku pada bulan Oktober 2024 yang lalu itu mestilah diberikan perhatian serius agar tindakan dapat diambil dan masalah ini dapat dibendung pada masa akan datang.

Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi tingkah laku dan corak pemikiran pelajar hingga menjadikan mereka menjadi liar dan seterusnya terlibat dengan masalah sosial.

Malah perancangan bagi membentuk tingkah laku dan peribadi pelajar mestilah ditingkatkan daripada semasa ke semasa agar aktiviti dan program yang sesuai dapat dilaksanakan segera. 

Faktor-faktor yang mempengaruhi tingkah laku pelajar boleh dilihat dari pelbagai aspek dan sudut. Faktor-faktor ini merangkumi aspek psikologi, sosial, suasana sekeliling serta latar belakang peribadi pelajar. Dalam hal ini, terdapat empat faktor penting yang mempengaruhi tingkah laku pelajar.

1. Persepsi pelajar terhadap pembelajaran di peringkat universiti

Pelajar-pelajar universiti pada masa ini berasal daripada pelbagai latar belakang yang berbeza. Latar belakang ini merangkumi aspek latar belakang keluarga, tahap akademik, corak pemikiran, penglibatan sosial serta penglibatan dengan aktiviti-aktiviti kehidupan seharian.

Pelajar-pelajar yang telah berjaya dibentuk dengan baik di peringkat sekolah akan dapat melihat dengan lebih jelas tujuan serta keperluan dalam menyambung pembelajaran mereka di peringkat universiti.

Malah bagi mereka yang telah memberikan fokus kepada ilmu, kemahiran dan pembentukan tingkah laku dengan bijak, meraka adalah kalangan mahasiswa yang lebih berpotensi meningkatkan diri dalam kehidupan di kampus.

Namun demikian, terdapat juga pelajar yang mempunyai persepsi yang tidak begitu baik disebabkan oleh pelbagai faktor yang mempengaruhi corak pemikiran mereka.

Pelajar lepasan sekolah yang tidak mempunyai tujuan dan cita-cita yang jelas dalam pembentukan diri, corak pemikiran dan kerjaya adalah kalangan mereka yang mudah terjebak ke dalam aktiviti yang kurang sihat.

Malah terdapat pelajar yang tidak prihatin akan keburukan sesuatu aktiviti hingga mereka terlibat dengan pelbagai masalah sosial dan diheret ke kancah maksiat.

2. Pemilihan rakan sebaya di kampus

Warga kampus terdiri daripada pelajar-pelajar yang berasal dari dalam dan luar negara serta mempunyai pelbagai latar belakang.

Pelajar-pelajar universiti terdiri daripada pelbagai kaum, anutan agama serta tahap akademik. Malahan mahasiswa juga mempunyai corak pemikiran serta cita rasa tersendiri selepas melalui alam persekolahan.

Pelajar-pelajar mestilah dididik di peringkat sekolah lagi dalam memilih rakan sebaya. Pemilihan rakan sebaya adalah faktor utama dalam perkembangan tingkah laku serta tahap pemikiran mereka.

Rakan sebaya mestilah dipilih dalam kalangan mereka yang berilmu, berakhlak serta mempunyai tujuan yang jelas dalam menuntut ilmu di peringkat universiti.

Mereka juga mestilah mempunyai penglibatan dalam aktiviti serta program berguna yang dianjurkan oleh pihak universiti serta pelbagai pertubuhan yang lain dalam meningkatkan ilmu, kemahiran serta perkembangan personaliti mahasiswa.

Rakan sebaya yang berilmu serta berakhlak ini haruslah menunjukkan contoh yang baik agar dapat diikuti oleh rakan-rakan mereka yang lain dan membentuk kumpulan pelajar yang sedar akan kepentingan menuntut ilmu serta pembentukan akhlak.

Pelajar-pelajar sebegini boleh menjadi lapisan masyarakat yang berguna selepas tamat belajar.

3. Suasana dan aktiviti yang berguna

Pemilihan tempat belajar di peringkat institusi pengajian tinggi mestilah mempunyai suasana dan persekitaran yang baik dan tersusun.

Pihak universiti mestilah menyediakan kemudahan-kemudahan dan prasarana bagi pelajar untuk menuntut ilmu dan melakukan aktiviti-aktiviti kokurikulum serta persatuan di dalam kampus.

Penekanan terhadap aktiviti-aktiviti ilmiah seperti ceramah, syarahan, bengkel, seminar dan sebagainya mestilah ditekankan pada awal kemasukan pelajar ke dalam kampus.

Komitmen terhadap pembelajaran mestilah diutamakan dan aktiviti-aktiviti ilmiah ini haruslah ditingkatkan dari semasa ke semasa.

Malah aktiviti lain seperti aktiviti berpersatuan bagi meningkatkan sesuatu kemahiran mestilah dijelaskan kepada pelajar-pelajar.

Kemahiran dan kepakaran yang sesuai haruslah dimiliki oleh pelajar dan mahasiswa mestilah memilih persatuan serta kelab yang sesuai bagi peningkatan diri mereka.

Aktiviti sukan dan kegiatan luar juga boleh dianjurkan oleh pihak universiti untuk memanfaatkan masa lapang pelajar dan memberi pendedahan yang sesuai selain daripada pendedahan dalam aspek akademik.

4. Keperluan bimbingan dan kaunseling 

Bimbingan dan kaunseling adalah amat penting dalam membantu pelajar yang mempunyai masalah serta dilema di dalam kampus. Pensyarah dan kakitangan universiti mestilah prihatin berhubung perkembangan akademik, tingkah laku dan keperluan hidup pelajar.

Sekiranya terdapat pelajar yang mempunyai masalah dalam aspek keperluan hidup, kewangan, kesihatan, personaliti dan sebagainya, golongan ini mestilah didekati segera dan dibantu agar dapat mencari penyelesaian bagi masalah yang dihadapi. Pendekatan serta kaedah yang sesuai mestilah dikenal pasti untuk menyelesaikan masalah mereka

Bahkan peruntukan untuk asas keperluan hidup, kewangan dan sebagainya mestilah diusahakan oleh pihak universiti dan masyarakat setempat agar dapat menampung perbelanjaan yang diperlukan oleh pelajar.

Sebagai rumusan, aspek psikologi, sosial, suasana sekeliling serta latar belakang peribadi pelajar adalah menjadi faktor-faktor yang mempengaruhi masalah disiplin di peringkat pengajian tinggi.

Faktor-faktor ini mestilah diteliti dan didalami untuk membendung masalah disiplin daripada menjadi lebih teruk dan membawa kesan buruk kepada keluarga, masyarakat dan negara. 

Masyarakat juga harus mengambil inisiatif dalam membantu pihak universiti serta pihak-pihak berkenaan untuk menyelesaikan masalah disiplin dalam kalangan pelajar universiti.

 

Harriz Zainal Abidin
Pelajar Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam Psikologi Pendidikan
Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Kulliyyah Pendidikan
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia