IKRAM Ingin Lahirkan ‘Pempengaruh’ yang Mendidik Masyarakat

Bengkel Kemahiran Media Sosial IKRAM – FINAS, buat julung kalinya telah berjaya dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Masyarakat (JPM) Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) bersama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) pada 28 September 2024 di Dewan Utama IKRAM, Seri Kembangan.

Pada sesi pagi, bengkel ini menampilkan tenaga pengajar yang tidak asing lagi, daripada Pekin Ibrahim merupakan seorang pelakon, pengarah, penulis skrip dan penerbit filem Malaysia yang pernah memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-28 pada 2016 lalu.

Manakala pada sesi petangnya menampilkan seorang personaliti TikTok, Yuletta Yucha, yang pernah mendendangkan lagu dalam bahasa Latin, Thailand dan dialek Kelantan, juga ibu kepada dua cahaya mata dan berasal dari Sungai Petani, Kedah.

Sekitar 85 orang peserta dari pelbagai negeri Utara, Selatan Timur, Barat juga tidak terkecuali dari Sabah berjaya dihimpunkan pada hari tersebut, bertujuan semata-mata menyampaikan agama Allah, berdakwah, kerana kandungan, naratif, dan mesej yang disampaikan kalau ia baik, akan mendapat pahala yang berterusan dan itulah yang dikehendaki dalam kehidupan.

“Sebagai badan yang ditubuhkan bagi melaksanakan dakwah, tarbiah, islah dan khidmat, IKRAM melihat ini adalah media yang sangat penting kini. Kalau dahulunya, saya boleh menyampaikan ceramah, di hadapan paling ramai 1000 orang. Tetapi sekarang saya boleh bercakap seramai 3 juta orang hanya dengan TikTok,” demikian ucap Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Masyarakat IKRAM, Hj Roslan Mohamad ketika sesi alu-aluan.

Tambahnya lagi, itu adalah menunjukkan betapa pentingnya media, apatah lagi bagi IKRAM dalam usaha menjadikan Malaysia Negara Rahmah, iaitu sebuah negara yang penuh kasih sayang.

“Sebagai sebuah pertubuhan, hendaklah sentiasa menerokai perkara-perkara yang baru.”

Bagi pihak IKRAM, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) kerana setuju berkolaborasi yang mana inilah kali pertama diadakan bersama NGO dakwah

“Sedutlah ilmu daripada Encik Mohd Iznan “Pekin” Ibrahim dan Puan Yuletcha. Insya-Allah, selepas ini dapatlah kita menghasilkan “konten” yang baik-baik untuk sebarkan rahmah sebagaimana 3 Kempen besar IKRAM, Bangkitkan Jiwamu, Teguhkan Ukhuwah, Sebarkan Rahmah melalui mesej-mesej yang dikeluarkan.”

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Penolong Pengarah, Unit Latihan Industri Finas En Radzuan Hassan berkata, FINAS komited melahirkan tenaga kerja profesional dalam industri kreatif dan inilah peluang para peserta untuk menimba ilmu daripada tenaga pengajar.

“Kami juga banyak melaksanakan program komuniti kepada masyarakat yang memfokuskan kepada golongan pelajar dan golongan-golongan luar bandar bagi menghasilkan kandungan-kandungan yang berkualiti untuk diterbitkan serta perkongsian kepada masyarakat.”

Pihak FINAS turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pertubuhan IKRAM Malaysia atas kerjasama yang diberikan.

“Diharapkan kerjasama ini dapat diteruskan di masa akan datang, bukan sahaja untuk bengkel ini tetapi bengkel bersesuaian yang lain juga nanti,” ujar Radzuan.

FINAS merupakan sebuah badan berkanun persekutuan, pada tahun 1981 Akta 244 yang mana, ia berfungsi sebagai menggalak, memelihara dan memudahkan perusahaan industri perfileman di Malaysia. Salah satu tugas dalam akta FINAS ialah mengadakan program latihan sebagaimana yang termaktub dalam Akta FINAS yang giat dilaksanakan dari semasa ke semasa.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia