Kenali AEON Bank, Sebuah Bank Digital Patuh Syariah

Dalam era digital yang semakin pesat ini, kehadiran teknologi telah mengubah landskap perbankan global. Malaysia tidak terkecuali menerima tempias tersebut, dengan AEON Bank memperkenalkan konsep unik iaitu bank digital yang mematuhi prinsip-prinsip syariah.

Bank digital ialah bank yang menawarkan perkhidmatan perbankan melalui platform digital seperti aplikasi berasaskan web dan aplikasi mudah alih tanpa cawangan fizikal.

Mereka biasanya menawarkan perkhidmatan seperti pemindahan wang, pembayaran bil dan pengurusan akaun secara dalam talian.

Langkah ini bukan sahaja mengukuhkan lagi komitmen AEON dalam menyokong keperluan umat Islam, malah membuka lakaran baru dalam perkembangan industri kewangan negara.

Perbankan digital patuh syariah

Apa yang membezakan AEON Bank daripada institusi kewangan lain? Pertama sekali, AEON Bank tidak hanya menawarkan kemudahan perbankan digital yang canggih, tetapi juga mengamalkan prinsip syariah dalam setiap aspek operasinya.

Ia termasuk larangan terhadap faedah (riba), mengelakkan pelaburan dalam aktiviti yang bercanggah dengan prinsip syariah dan mengamalkan ketelusan dalam urus niaga.

Pengurusan akaun bank lebih cekap dan pantas

Kebolehcapaian yang mudah melalui platform digital membolehkan pelanggan AEON Bank menjalankan urusan perbankan mereka dengan lebih cekap dan pantas. Tempoh untuk proses pembukaan akaun simpanan hanya lima minit.

Bukan hanya itu, tempoh untuk memohon pinjaman juga sangat pantas berbanding bank konvensional kerana ia dijalankan secara dalam talian dan pengguna tidak perlu bergerak secara fizikal ke cawangan bank.

Menggalakkan tabungan secara disiplin

Saving Pot dalam AEON Bank merupakan cara yang berguna untuk menguruskan dana secara berasingan daripada baki utama akaun simpanan.

Fungsi ini membolehkan pelanggan mencipta pot simpanan yang berbeza-beza untuk pelbagai tujuan seperti membeli barang mahal, melancong atau menampung keperluan mendesak.

Ia membantu dalam pengurusan kewangan dengan lebih teratur kerana memisahkan dana untuk tujuan khusus tanpa mencampuradukkan dengan wang lain dalam akaun utama.

Selain itu, Saving Pot juga membolehkan pelanggan menyemak kemajuan matlamat kewangan mereka dengan lebih jelas dan menggalakkan tabungan secara berdisiplin.

To Serve the Unbanked

AEON Bank sebagai bank digital memainkan peranan dalam memberikan perkhidmatan kewangan kepada golongan yang tidak mempunyai akses kepada perbankan tradisional.

Dengan hanya memerlukan sambungan Internet dan telefon pintar, individu yang tidak mempunyai akaun bank boleh menyertai sistem kewangan melalui platform digital ini.

Antara contoh golongan unbanked ialah golongan yang mempunyai skor kredit yang rendah dan rakyat malaysia yang bekerja di luar negara serta tidak membayar cukai di sini.

Bimbingan pelanggan melalui inisiatif pendidikan kewangan

Selain itu, keberkesanan AEON Bank sebagai bank digital juga mempengaruhi cara mereka memberi nilai tambah kepada masyarakat. Melalui inisiatif pendidikan kewangan, mereka membimbing pelanggan tentang kepentingan pengurusan kewangan yang berhemah menurut ajaran Islam.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen mereka dalam menyokong kestabilan ekonomi komuniti dan memupuk sikap bertanggungjawab dalam pengurusan kewangan peribadi.

Kelebihan AEON Bank

Tidak dapat dipertikaikan lagi, kehadiran AEON Bank sebagai bank digital patuh syariah pertama di Malaysia adalah pencapaian yang membanggakan. Ia membuka laluan kepada lebih banyak inovasi dalam industri perbankan negara sambil mempertahankan nilai-nilai murni yang dihormati oleh umat Islam.

Dengan keupayaan mereka untuk mengintegrasikan teknologi canggih dengan kepatuhan syariah, AEON Bank bukan sahaja memenuhi tuntutan masa kini tetapi juga memimpin arah ke hadapan untuk masa depan perbankan Malaysia yang lebih inklusif dan progresif.

Pada zaman kepercayaan dan inovasi menjadi penentu keunggulan dalam perkhidmatan kewangan, AEON Bank membuktikan bahawa kepatuhan terhadap prinsip syariah tidak menghalang keupayaan untuk berinovasi.

Dengan pendekatan holistik mereka terhadap perbankan digital yang menyeluruh, AEON Bank menjanjikan masa depan yang cerah bagi mereka yang mencari alternatif perbankan yang selamat, cekap, dan yang paling penting, patuh syariah.

Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, AEON Bank bukan sekadar sebuah institusi kewangan; ia adalah lambang kesinambungan dan kecemerlangan dalam memadukan teknologi moden dengan nilai-nilai tradisional yang berharga.

Keberanian mereka untuk memimpin pasaran perbankan digital syariah menunjukkan betapa pentingnya integrasi nilai-nilai moral dalam membangunkan ekonomi negara.

Diharapkan kejayaan AEON Bank akan memperbanyak inisiatif yang sejajar dengan prinsip-prinsip syariah dalam industri perbankan Malaysia pada masa hadapan.

Ts Mohd Fitri Edros merupakan Ketua Bahagian Infrastruktur ICT di Pusat Pengurusan & Pembangunan Digital, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Kredit Gambar: Malaysian Business

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia