Salman, Munirah Raih Anugerah Tokoh Pelajar Unggul

BANDAR BARU BANGI – Dua pelajar Sekolah Menengah Agama Riyadatul A’mal (SMART Al-Amin), Salman Saifurrahman dan Munirah Muhammad Abdul Rahman telah menerima Anugerah Tokoh Pelajar Unggul pada Hari Anugerah Musleh (HARUM) 2024.

Kedua-dua pelajar masing-masing meraih anugerah tersebut bagi kategori Banin dan Banat dalam majlis penghargaan kepada Institusi-institusi Pendidikan IKRAM (IPI) anjuran Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) itu pada Sabtu 13 Julai lalu di Pusat Konvensyen Bangi.

“Saya berasa sangat bersyukur atas anugerah ini kerana ia merupakan satu penghormatan besar bagi saya dan sekolah saya, SMART,” ujar Munirah yang menganggap anugerah ini sesuatu yang sangat istimewa buat dirinya.

Ketekunan Munirah dan Salman dalam mencapai matlamat yang diinginkan, ditambah pula dengan sokongan padu daripada ibu bapa mereka, menjadi pemangkin utama kejayaan mereka.

Mereka juga aktif di dalam kelas dan banyak terlibat dalam program-program di luar sekolah. Mereka dikenali sebagai pelajar yang menghormati guru dan disenangi oleh kawan-kawan.

SMART Al-Amin yang dulunya dikenali sebagai Sekolah Menengah Usahawan Al-Amin Ulu Klang (SMUAAUK) dibuka pada 2017 merupakan satu-satunya sekolah MIEB yang memfokuskan keusahawanan di samping akademik dalam arus perdana.

Dalam pada itu, Muazzamah Abas dari SRI Al-Amin Kemaman menjadi penerima Anugerah Guru Ikon bagi sekolah rendah, manakala bagi sekolah menengah diraih Mashida Sakrani dari SMI Hidayah Johor Bahru.

SRI Hidayah dan SMI Hidayah Johor Bahru pula masing-masing meraih Anugerah Sekolah Cemerlang bagi kategori sekolah rendah dan menengah.

Majlis anugerah itu telah dirasmikan oleh Pegawai Tugas-tugas Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang mewakili Menteri Pendidikan, Dr Radin Muhd Imaduddin Radin Abdul Halim.

‘Murabbi Unggul Peneraju Reformasi Pendidikan Musleh’ menjadi tema yang diangkat pada tahun ini memperlihatkan seramai 65 penerima anugerah yang merangkumi 50 pelajar dan 15 guru. Sebanyak 13 anugerah diperuntukkan untuk pelajar bagi kategori sekolah rendah dan menengah.

Selain itu, sebanyak 13 buah sekolah rendah dan tujuh buah sekolah menengah menerima penarafan 5 bintang, manakala sembilan buah sekolah rendah dan empat buah sekolah menengah menerima penarafan 4 bintang.

HARUM 2024 turut disertai Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah MIEB Prof Dr Omar Yaakob, Pengerusi Gabungan Pendidikan Islam Malaysia (GAPIM) Dr Khodori Ahmad, Pengarah Eksekutif MIEB Ust Megat Mohamed Amin Megat Mohamed Nor dan Setiausaha Agung Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Hj Shahrul Aman Mohd Saari.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif MIEB Hj Mohd Husni Abdul Shukor, Ketua Pegawai Eksekutif IEDBE Hj Mohd Tarmizi Munir, Pengurus Besar Centre of Learning Excellence (CLE) Dr Kamaliah Noordin dan Pengerusi Majlis Pengetua Guru Besar Sekolah-Sekolah Islam Malaysia (MPGBSIM) Ustaz Isharuddin Ismail.

Sehingga kini, terdapat sejumlah 41 buah sekolah rendah islam dan 19 sekolah menengah Islam bernaung di bawah MIEB dalam usaha membina insan rabbani dalam sistem yang holistik, bersepadu, seimbang dan dinamik berpandukan al-Quran dan al-Sunnah.

Tahniah atas kejayaan para penerima anugerah dan semua yang terlibat dalam mengangkat martabat ilmu ke tahap lebih tinggi. Semoga pengiktirafan yang diberikan menjadi pemangkin untuk menjadi lebih baik dan beroleh kejayaan lain pada masa mendatang.

Sumber: Musleh

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia