Kangar, 16 Disember 2023 – Sebuah program kemanusiaan “Palestin Kami Peduli Nasibmu” telah diadakan pada 16 Disember 2023 di Denai Larian JPS, Kangar, bermula dari jam 8:30 pagi hingga 12:30 tengah hari. Program tersebut bertujuan untuk mengembalikan perhatian rakyat Perlis kepada nasib rakyat Palestin setelah hampir tiga bulan peperangan Palestin – Israel.
Antara aktiviti yang akan dijalankan dalam program tersebut termasuklah forum dengan tajuk “Tangisan Gaza”. Terdapat juga pertandingan melukis, mewarna, dan mencantum bendera kreatif Palestin khas untuk anak-anak, membuka peluang kepada anak-anak untuk mengekspresikan solidariti dengan cara yang kreatif.
Antaranya lagi program kali ini turut menampilkan pameran video, gambar, dan lukisan bertemakan pembebasan Palestin. Terdapat juga persembahan bacaan sajak oleh penyair Negeri Perlis khas untuk rakyat Palestin.
Sebagai usaha mengumpul sumbangan untuk rakyat Palestin, terdapat jualan amal oleh MyCare dan IKRAM Perlis.