Bangunkan Jiwamu: Dua Pelan Tindakan Pasca-PTI 2023

Bangunkan Jiwamu: Dua Pelan Tindakan Pasca-PTI 2023 | IKRAM

SHAH ALAM – Sempena kempen ‘Bangunkan Jiwamu’, Timbalan Timbalan Presiden IKRAM, Jusni Yusoff menggesa ahli-ahli IKRAM melaksanakan dua pelan tindakan selepas berakhirnya Perhimpunan Tahunan IKRAM (PTI) 2023.

Dalam ucapan penutup PTI 2023 pada Sabtu di IDCC di sini, beliau menegaskan kembali slogan tersebut untuk diamati semua ahli di medan amal masing-masing, dan memetik sepotong ayat daripada Surah Fussilat ayat 33 yang bermaksud:

Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta dia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: “Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!”

Beliau menggariskan dua pelan tindakan yang perlu dilaksanakan iaitu:

1. Melahirkan usrah yang efektif dan berkesan dengan menghubungi kembali rakan-rakan usrah yang sudah lama tidak kelihatan serta mewujudkan ikatan rindu dan ingin berkongsi dalam kalangan ahli usrah.

2. Mendapatkan sasaran dakwah fardiah (individu) sekurang-kurangnya kepada lima orang dalam kalangan saudara-mara, jiran tetangga, rakan sepejabat, rakan-rakan lama khususnya yang beragama Islam untuk bersama-sama dalam rantaian dakwah dan tarbiah.

“Tindakan ini perlu dilaksanakan oleh setiap individu tanpa mengharapkan pimpinan pusat, negeri, kawasan atau aktivis sahaja yang bergerak dalam menjayakan tugas dakwah dan tarbiah.”

“Dakwah jamaah ini dibina atas usaha para dai. Jadi dai dahulu baru jadi ahli jama’i,” tegas Jusni.

Ahli-ahli Jawatankuasa Pusat (JKP) IKRAM bergambar bersama-sama selepas PTI 2023

Ujarnya, ahli-ahli IKRAM perlu ada usaha untuk menyampaikan risalah Islam kepada sesiapa sahaja di sekeliling mereka, termasuk kepada orang yang belum mendapat hidayah.

Usai ucapan beliau, PTI 2023 melabuhkan tirainya dengan bacaan doa rabitah bersama-sama oleh para peserta.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia