Kerajaan Akan Tubuh Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia

KUALA LUMPUR – Kerajaan berhasrat untuk menubuhkan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) secepat mungkin bagi menambah baik perlindungan sosial serta kebajikan penggiat industri berkenaan.

“Kementerian Sumber Manusia (KSM) akan mengemukakan satu memorandum kepada Kabinet bagi mendapatkan persetujuan serta kelulusan untuk penubuhan suruhanjaya tersebut,” jelas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, penggiat industri ini atau pekerja tidak formal di Malaysia ini tidak mendapat sebarang perlindungan melainkan jika mereka mencarum dengan PERKESO.

“Yang paling penting sekali di sini selama beberapa tahun kegiatan penggiat ekonomi gig ini berjalan di negara ini, namun ketidakpedulian telah dialami oleh mereka,” ujarnya pada sidang media selepas menghadiri Forum Nasional Kerangka Kerjaya Industri Gig pada Isnin.

Menurutnya, syarikat penyedia perkhidmatan tidak menganggap mereka sebagai pekerja dan syarikat juga tidak menganggap sebagai majikan kepada penggiat industri ini.

“Kelompangan sebegini memerlukan keprihatinan dan usaha yang dilakukan ini merupakan tanda kepedulian Kerajaan Perpaduan terhadap pengiat ekonomi gig.”

Ahmad Zahid berharap pengumuman penubuhan suruhanjaya ini dapat dilakukan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim ketika pembentangan Belanjawan 2024.

“Saya yakin Perdana Menteri dan Kabinet akan meluluskannya selepas KSM membawa memorandum mengenai penubuhan suruhanjaya ini.”

Beliau yang juga juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, SEGiM merupakan satu badan yang berfungsi untuk mengatasi setiap isu berkaitan dan melahirkan inisiatif yang mampu menjaga kebajikan pengguna, peniaga, vendor, penghantar, pemandu dan penyedia platform dalam industri gig.

“Antara peranan SEGiM adalah untuk membantu menyelaraskan dan mengatur industri gig dengan regulasi yang jelas agar dapat memastikan pematuhan peraturan, melindungi hak penggiat dan mempromosikan persekitaran yang adil dalam industri gig.”

Selain itu menurutnya, ia membantu melindungi pekerja gig dengan menyediakan perlindungan sosial, keselamatan kerja dan hak-hak penggiat gig dan memainkan peranan penting dalam memajukan kemahiran penggiat gig dengan menyediakan program latihan serta pendidikan khusus yang akan membantu meningkatkan daya saing penggiat gig.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia