Bangunkan Masyarakat Saling Hormat, Bersatu Padu

Bangunkan Masyarakat Saling Hormat, Bersatu Padu | IKRAM

SERI KEMBANGAN – International Interfaith Peace Conference (IIPC) 2023 pada tahun ini mengangkat tema ‘Working Together Towards A Respectful and Cohesive Society’ atau  ‘Bekerjasama Ke Arah Masyarakat yang Saling Menghormati dan Bersatu Padu.’

Persidangan dua hari ini yang bertempat di Hotel Furama, Kuala Lumpur dianjurkan oleh Allied Coordinating Council of Islamic NGOs Malaysia (ACCIN). Penganjur bersama adalah Pure Land Learning College Association, Australia (PLLCA) dan Pure Land Amitabha Group-Malaysia (PLAG). 

Turut bekerjasama dalam penganjuran ini ialah Kementerian Perpaduan Malaysia (KPN), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Persidangan ini menghimpunkan pemimpin agama, aktivis, ahli akademik, pegawai kerajaan dan para mahasiswa. Golongan belia turut ramai hadir sebagai peserta bagi berkongsi idea, persamaan dan pandangan berkenaan nilai, prinsip dalam kepercayaan serta budaya masing-masing.

Program yang bermula pada petang Sabtu diserikan dengan forum bertajuk ‘Peranan Belia dalam Pembangunan Masyarakat yang Saling Menghormati dan Bersatu Padu.’

Forum ini menampilkan tiga ahli panel iaitu Prof Dr Hoon Chang Yau (Universiti Brunei Darussalam), Adli Zakuan Zaairakithnaini (Timbalan Presiden ABIM) dan Karina O’ Reilly (Bunya Scout Group, Australia).

“Kemajuan suatu bangsa tidak bergantung pada jumlah manusianya, tetapi tergantung pada pemuda-pemudinya yang penuh bersemangat dan berani berjuang,” demikian bicara pemula yang dipetik daripada tokoh tersohor, Buya Hamka oleh Setiausaha Agung IKRAM, Hj Shahrul Aman Mohd Saari selaku moderator forum.

Prof Dr Hoon berkata, generasi muda sekarang mewarisi dunia yang bersituasi parah, namun mereka berkuasa untuk mengubahnya.

“Para belia ini ada desakan untuk memilih hidup yang bagaimana dalam dunia dan masyarakat yang dimahukannya. Kekuatan kemahuan inilah yang akan direalisasikan pada masa akan datang,” jelasnya.

Beliau menambah bahawa kebanyakan daripada kita dikenali dengan identiti yang pelbagai. 

“Melalui kepelbagaian pengenalan diri ini, kita boleh memilih untuk menjadi berbeza dan menjadi diri sendiri demi mencetuskan perubahan. Misalnya, kita boleh menolak untuk menerima definisi sempit ethnoreligious nationalism,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Adli Zakuan berkata, “Kita akan sentiasa disuruh untuk mengenalkan identiti kita. Masalah berlaku apabila wujud mentaliti ‘aku dan kamu’ yang mencetuskan perbezaan sesama kita.”

Tegasnya, inilah yang dimaksudkan secara umum sebagai bersikap stereotaip, yang mana ia harus dihentikan dengan memulakan pengakuan bahawa kita semua ada kecenderungan untuk bersikap berat sebelah.

“Penerimaan ini akan membantu kita mencari solusi menghentikan perang perbezaan,” jelas beliau.

Tambah Karina, semua orang adalah penting tidak kira dari mana mereka datang serta perlu dihormati dan kita perlu tunjukkan empati dan kebaikan pada semua agar dapat diteladani sesama kita. 

Forum tersebut diharap dapat menambah kefahaman dalam masyarakat, membetulkan salah faham dan mengelak kesangsian antara satu sama lain.

Sesi seterusnya diteruskan dengan slot dialog oleh Dr Alwani Ghazali (Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya) bertajuk ‘Dialog Sebagai Alat Membentuk Prinsip Kesepaduan Masyarakat Madani.’

Kemuncak program pada hari tersebut merupakan sesi dialog yang menampilkan tokoh politik, Tan Sri Dr Syed Hamid Albar dan Prof Dr Hoon tentang peranan belia dalam pembinaan negara. 

Penganjuran IIPC 2023 adalah untuk mengukuhkan perpaduan sosial dan kepercayaan dalam komuniti agama dan masyarakat melalui ruang dialog dan interaksi dua hala. Inisiatif ini penting bagi menggalakkan usaha kerjasama antara agama pada masa depan. 

Moga persefahaman yang terjadi menjadi kunci kepada hubungan yang harmoni antara penganut agama di negara ini dan seluruh pelosok dunia. 

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia