




Batu Kikir, 25 Sept – Wanita IKRAM Negeri Sembilan bersama Malaysian Against Pornografi NS telah datang menyampaikan ceramah Bahaya Pornografi dan Pendidikan Rahsia Peribadi untuk murid-murid di sini semalam. Pengisian hujung minggu untuk murid-murid sekolah berasrama penuh SBPI Jempol seramai 589 orang ini diisi dengan program pendidikan agar bijak menggunakan internet dan media sosial supaya tidak terjebak dengan ‘Masalah Pornografi’ dan terpedaya dengan ‘Predator’ yang sentiasa mencari mangsa. Penceramah pada kali ini diwakili oleh Cikgu Mohd Lizam bin Nik Yahya dan Puan Fazilah binti Mohd Reba.
Murid-murid lelaki dan perempuan diasingkan agar pendekatan yang lebih dekat bersesuaian dengan jantina dan keperluan mereka. Alhamdulillah murid-murid mempunyai minat positif mempelajari ilmu baru ini dan sentiasa memberi maklum balas sepanjang program. Program yang diadakan selama 4 jam ini mendidik murid-murid agar tahu kesan buruk ketagihan Pornografi, cara-cara mengelakkan diri daripada’Predator’ dan mendidik diri agar tidak berkongsi rahsia peribadi dengan sesiapapun.
Terima kasih diucapkan kepada pihak sekolah SBPI Jempol yang mengundang penceramah daripada Malaysian Against Pornografi bagi menjayakan program kesedaran untuk remaja ini.
@Malaysian Against Pornography