




Chuah, 8 Nov – SMA Chuah telah menjemput Wanita IKRAM Negeri Sembilan memberi pengisian untuk murid-murid sekolah mereka pada hari ini. Objektif ceramah pada kali ini ialah memberi pendedahan kepada murid agar menjauhi maksiat dan mengetahui apakah bahaya pornografi kepada remaja.
Ceramah disampaikan oleh Puan Fazilah binti Mohd Reba selama 2 jam ini menyentuh tentang erti tujuan hidup ini dan bagaimana mengelakkan diri daripada menjadi mangsa bahaya pornografi telah disampaikan kepada kira-kira 90 orang murid.
Adalah diharapkan murid-murid dan guru mendapat manfaat daripada perkongsian ini dan dijauhi daripada bahaya Pornografi