![](https://ikram.org.my/wp-content/uploads/2023/01/sk-semarak-225x300.jpg)
![](https://ikram.org.my/wp-content/uploads/2023/01/sk-semarak1-300x225.jpg)
8 Dis – Pada 6 dan 7 Disember 2022 lalu telah berlangsung satu sesi perkongsian bertajuk Kenali Dirimu bersama para pelajar perempuan Tingkatan 1& 2, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Semarak. Ia termasuk dalam salah satu program Cakna Anakku Sayang anjuran sekolah tersebut.
Ceramah tersebut telah disampaikan oleh aktivis MAP N9, Puan Junita Johari dan Puan Siti Munirah.
Para pelajar diberi kesedaran mengenai pentingnya menjaga maruah dan harga diri serta kesedaran mengenai cabaran dan ancaman media sosial.
Semoga perkongsian ini menjadi panduan buat mereka dalam menjaga diri dan batasan pergaulan sesama rakan dan juga di dalam media sosial.
Tahniah kepada pihak sekolah kerana telah mengambil inisiatif dengan menganjurkan program kesedaran ini kepada para pelajar.