




28hb Dis – Wanita IKRAM Negeri Sembilan mengunjungi pejabat NGO SALWA Negeri Sembilan pada 28hb Disember yang lalu. Tujuan lawatan ini adalah untuk saling berkenalan dan menjalinkan hubungan lebih mesra dengan gerakan Wanita Wadah ini. Selain itu, kedua-dua pihak membincangkan kolaborasi antara NGO dan bersetuju untuk melakukan aktiviti yang sesuai bersama-sama.
Wanita IKRAM Negeri Sembilan diwakili oleh Ketua Wanita, Pn Hjh. Fatimah binti Md Rasip dan Pn. Aryati binti Arifin dan Ustzh Rohaida binti Awang Nik manakala pihak tuan rumah diketuai oleh Ketua Wanita SALWA NS, Ustzh Rahime, Timb Ketua Wanita Ustzh Shamsiah, dan Pn Maimunah, Ustzh Rafidah dan Ustzh Kamariah.
Semoga pertemuan kali ini dapat mengekalkan hubungan baik antara IKRAM Negeri Sembilan dan Wadah Negeri Sembilan.