IKRAM Muda Negeri Sembilan Menyertai Konvensyen Belia Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Peringkat Negeri Sembilan

1hb Okt , Paroi – IKRAM Muda Negeri Sembilan telah menyertai Konvensyen Belia Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan NGO Peringkat Negeri Sembilan pada 1hb Oktober yang lalu.Konvensyen anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) ini berlangsung dari pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang bertempat di Pusat Dakwah Islamiah Negeri Sembilan di Paroi.
IKRAM Negeri Sembilan diwakili oleh seramai 8 orang ahli IKRAM Muda diketuai oleh Saudara Ihsan bin Shahrin. Antara pengisian konvensyen ini ialah pembentangan kertas kerja ‘Permasalahan Belia dan Remaja, Faktor dan Cadangan Penyelesaian’ ‘Kesan dan Keistimewaan Penglibatan Belia dalam Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan’ dan ‘Peranan Belia dalam Pembangunan OKU’.

Penyampaian Anugerah Ikon Belia Dakwah Peringkat Negeri Sembilan merupakan kemuncak program ini telah disampaikan oleh Ustaz Johari Bujang, Penolong Pengarah JHEAINS. Anugerah Ikon Belia kali ini dianugerahkan kepada Dr. Syar Meeze, Pengerusi Yayasan Al-Quran bagi anak istimewa (FAQEH), tahniah diucapkan.

IKRAM Negeri Sembilan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada JHEAINS atas penganjutan program dan diucapkan tahniah kepada ahli IKRAM Muda yang menyertai Konvensyen bermanfaat ini.

Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

[supsystic-social-sharing id='1']
Author picture

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia