17 Sept, Lobak – Pihak Penyelaras DUN Seri Menanti bersama Pertubuhan IKRAM Negeri Sembilan secara bersama telah menghantar sebuah Pasukan Kompang ke Pesta Tanglung Peringkat Kebangsaan yang telah dilangsungkan di Lobak, Seremban pada tarikh tersebut.
Ini merupakan program usahasama bersama NGO bukan Islam Negeri Sembilan Chinese Assembly Hall (NSCHA) bersama NGO yang lain.
Pasukan Kompang yang diberi gelaran Pasukan Kompang Cilik dari MPKK Bukit Perah, DUN Seri Menanti itu purata dianggotai oleh anak-anak remaja warga Kampung Bukit Perah telah menyertai perarakkan tersebut yang telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Anthony Loke Siew Fok.
Pegawai Pejabat Penyelaras DUN iaitu Tok ROSLI B ISMAIL, Pengerusi MPKK Kg Terachi, Tok MAHZAN B Md AMIN dan Yang Dipertua IKRAM Negeri Sembilan turut sama menghadiri program perarakan tersebut.
Walau Kita Berbeza, Tetap Teguh Bersama