Pada 31 Ogos sempena Hari Kebangsaan, IKRAM kawasan Nilai menganjurkan aktiviti Hiking di Bukit Melati. Program ini adalah anjuran bersama Rakan Hidayah Nilai & Belia Harmoni Nilai. Objektif program adalah untuk menyemarakkan lagi program kemerdekaan dalam kalangan ahli IKRAM dan penduduk setempat di samping mengambil peluang untuk memperkenalkan IKRAM di kawasan Nilai.
Bermula dengan senaman ringan sebelum mendaki, dan sesi bergambar di puncak Bukit Melati. Setelah turun dari puncak, saguhati merdeka bersama maklumat ringkas tentang IKRAM Negeri Sembilan diserahkan kepada orang ramai di sekitar kawasan Bukit Melati. Seramai 50 orang peserta hadir bersama untuk mengedarkan saguhati dan bendera Malaysia kepada orang ramai kemudian sesi bergambar dan diakhiri dengan edaran flyers dan air minuman.
Walau Kita Berbeza, tetap Teguh Bersama
#TeguhBersama
#IKRAMNS