PWS 2022 Bincang Pelbagai Isu Wanita Pascapandemik

PWS 2022 Bincang Pelbagai Isu Wanita Pascapandemik | IKRAM

SHAH ALAM – Persidangan Wanita Selangor (PWS 2022) sedang berlangsung bermula 23 Ogos hingga 25 Ogos dengan mengangkat tema ‘Cabaran Wanita Pasca Pandemik:  Ke Arah Selangor Saksama, Sejahtera dan Inklusif’.

Persidangan ini merupakan penganjuran kali kedua oleh Wanita Berdaya Selangor (WBS) bersama rakan kolaborasi Universiti Selangor (UNISEL) dan Open University Malaysia (OUM). 

Topik yang luas dan pelbagai diperbincangkan dalam persidangan ini merangkumi isu dan cabaran  kekeluargaan, kewangan, ekonomi, gender, agama, politik, sains dan teknologi, seni, media, kesihatan, pendidikan, keusahawanan, perubahan iklim dan keselamatan bandar.

Pegawai Eksekutif di Pertubuhan IKRAM Malaysia, Puan Atriza Umar menjadi salah seorang pembentang dalam persidangan yang melibatkan 31 kertas kerja, dengan tajuk ‘Keterlibatan Wanita Sebagai Pemimpin Tertinggi Negara’ hari ini.

Kata beliau, wanita pernah menjadi pemimpin tertinggi negara mengikut para ilmuwan Islam. Jika tiada kajian yang lepas, tentunya perkara ini tidak akan dibincangkan oleh ulama silam.

“Namun tahap keterlibatan wanita dalam peringkat tertinggi negara dalam sejarah Islam masih rendah dan perkara ini berterusan di kebanyakan negara hingga ke hari ini,” jelasnya semasa pembentangan.

Yang menarik menurutnya, beberapa negara telah menonjolkan beberapa kepimpinan wanita sebagai Perdana Menteri atau Presiden.

“Wanita sering dianggap lemah dan tidak mampu berfikir secara rasional dalam sesuatu hal, tetapi faktor berhubung kait yang membataskan wanita menjadi kepimpinan negara harus dikaji dan diperhalusi,” ujar Atriza. 

Beliau juga menyifatkan bahawa inisiatif yang dilakukan oleh Wanita Berdaya Selangor adalah usaha yang serius bagi memartabatkan wanita sebagai keutamaan di persada sosial dan politik negara. 

Persidangan Wanita Selangor 2022 yang berlangsung di MBSA Convention Centre ini mengumpulkan para pemegang taruh dalam pelbagai bidang termasuk agensi kerajaan, NGO, swasta, mahasiswa mahupun individu.

Semoga persidangan ini menjadi platform efektif untuk mewujudkan dan meningkatkan kesedaran, berkongsi dan bertukar idea, maklumat dan cadangan ke arah penambahbaikan dalam isu-isu yang diperbincangkan bagi meningkatkan pemberdayaan wanita.

Hasil pembentangan daripada persidangan ini diharap akan menjadi kerangka untuk memastikan pelan tindakan pembangunan wanita negeri ini lebih berkesan.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia