Cara Mencapai Kebahagiaan Menurut Biopsikososial-Spiritual

Mencapai Kebahagiaan Hidup Dari Perspektif Biopsikososial-Spiritual | IKRAM

Psikologi sekular banyak fokus kepada faktor-faktor biologikal (genetik, otak, hormon dll), psikologikal (personaliti, kognisi, emosi dll) dan sosial (pembelajaran, persekitaran, budaya dll). Ini tidaklah bertentangan dengan Islam. 

Faktor-faktor biologikal boleh mempengaruhi tingkah laku seseorang seperti yang disebut dalam al-Quran bahawa manusia itu diciptakan secara berpasangan (biologi yang berbeza) (Al-Quran, 51: 49, 13: 3, 36: 36, 43: 12). 

Malah al-Quran menyebut secara spesifik bahawa pasangan itu merujuk kepada lelaki dan wanita (yang sudah tentu mempunyai kromosom yang berbeza) (Al-Quran, 53: 45-46, 75: 39, 76: 2) dan kedua-dua kromosom ini diperlukan untuk melahirkan keturunan.

Kepentingan faktor biologikal disebut secara lebih spesifik apabila al-Quran melarang orang Islam daripada berkahwin dengan keluarga rapat (Al-Quran, 4: 23), menunjukkan faktor genetik mungkin boleh mempengaruhi ciri fizikal dan psikologikal anak-pinak. 

Dalam masa yang sama, Islam juga menekankan pentingnya faktor psikologi dan juga sosial dalam mendidik dan mempengaruhi tingkah laku manusia seperti hadis Nabi Muhammad SAW:

“Setiap anak dilahirkan secara fitrah. Ibu bapalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi.” (HR Bukhari, Kitab 23, No. 441)

Nabi Muhammad SAW juga menekankan tentang pentingnya memilih persahabatan dan persekitaran yang boleh mempengaruhi tingkah laku kita.

“Perumpamaan orang yang bersahabat dengan orang soleh dan orang yang bersahabat dengan orang buruk perangai seperti penjual minyak wangi dan tukang kimpal besi. Pasti engkau akan dapat bauan wangi daripada penjual minyak wangi, sama ada membeli ataupun tidak. Sedangkan daripada tukang besi kaum akan merasa bahang atas pakaianmu ataupun kamu akan mendapati bau yang kurang enak.” (HR Bukhari, Kitab 34, No. 314)

Masalah Psikologi Sekular

Masalah dengan psikologi sekular ialah mereka mengelak daripada berbicara faktor spiritual seperti roh (spirit) dan jiwa (soul). Ini kerana menurut mereka, roh/jiwa tidak boleh diukur.

Padahal, ada banyak pembolehubah-pembolehubah dalam kajian psikologi sekular yang sebenarnya sukar diukur secara tepat 100 peratus seperti memori, pembuatan keputusan, penyelesaian, masalah, motivasi, emosi, personaliti, dan sikap, sesuai dengan kejadian kompleks manusia yang diciptakan daripada tanah (unsur biologi) dan juga roh (unsur rohani) seperti yang disebutkan dalam al-Quran (Al-Quran, 23: 12-16).

Nabi Muhammad SAW juga telah memperincikan lagi proses kejadian manusia hasil gabungan biologi dan rohani (HR Bukhari, Kitab 93, No. 546). Apabila roh memasuki badan berunsur biologi, ia mewujudkan jiwa yang terus-menerus berinteraksi dengan faktor biologi, psikologi dan sosial.  

Kita tidak berniat untuk mengukur faktor roh/jiwa secara menyeluruh kerana menurut Allah SWT dalam al-Quran, ia memang ia mustahil untuk dicapai.

Dan mereka bertanya kepadamu (Muhammad) tentang roh. Katakanlah, “Roh itu termasuk urusan Tuhanku, sedangkan kamu diberi pengetahuan hanya sedikit.” (Al-Quran, 17:85). 

Ilmu yang terhad itu tidak menghalang ulama Islam untuk memberi cadangan untuk mengukur manifestasi roh/jiwa dalam bentuk tingkah laku seperti deklarasi syahadah, buah-buah iman dan akhlak yang lahir daripada hasil roh/jiwa yang mulia.  

Tapi apabila bidang psikologi (dan sains sosial yang lain) telah menjadi saintifik pada kurun ke-19 (hakikatnya pada zaman keemasan ilmu-ilmu Islam, ilmu psikologi sangat saintifik tapi telah disekularkan pada waktu penjajahan), kita perlu meyakinkan psikologi sekular untuk menerima faktor roh/jiwa dalam psikologi moden, tapi dalam yang sama menggunakan kajian-kajian saintifik (di samping kaedah-kaedah Islam) untuk meneroka faktor-faktor kebahagiaan hidup, ‘good life’, atau ‘hayatan tayyibah’.

Model Mencapai Kebahagiaan Hidup

Di bawah ialah beberapa model cara mencapai kebahagiaan hidup, dari yang paling mudah kepada yang paling kompleks sebagai cadangan dan panduan kepada pengkaji-pengkaji dan pengamal-pengamal psikologi Islamik-saintifik, mahupun kepada ulama amilin dan pendakwah-pendakwah yang rahmah.

Set 1:

1. Roh/Jiwa mempengaruhi kebahagiaan hidup. 

Roh/Jiwa –> Kebahagiaan Hidup

2. Kebahagiaan hidup mempengaruhi roh/jiwa. 

Kebahagiaan Hidup –> Roh/Jiwa

3. Roh/Jiwa mempengaruhi kebahagiaan hidup, dan dalam masa yang sama kebahagiaan hidup juga mempengaruhi roh/jiwa. 

Roh/Jiwa <–> Kebahagiaan Hidup

Set 2:

4. Roh/Jiwa mempengaruhi tingkah laku, dan kemudiannya tingkah laku mempengaruhi kebahagiaan hidup.

Roh/Jiwa –> Tingkah Laku –> Kebahagiaan Hidup

5. Tingkah Laku mempengaruhi roh/jiwa, dan kemudiannya roh/jiwa mempengaruhi kebahagiaan hidup.

Tingkah Laku <–> Roh/Jiwa    

6. Roh/Jiwa mempengaruhi tingkah laku, dan tingkah laku mempengaruhi kebahagiaan hidup, dan dalam masa yang sama kebahagiaan hidup mempengaruhi tingkah laku, dan tingkah laku mempengaruhi roh/jiwa.

Roh/Jiwa <–> Tingkah Laku <–> Kebahagiaan Hidup

Set 3:

7. Gabungan faktor-faktor biopsikososial mempengaruhi roh/jiwa, dan kemudiannya roh/jiwa mempengaruhi kebahagiaan hidup.

Biologi, Psikologi dan Sosial –> Roh/Jiwa –> Kebahagiaan Hidup

8. Gabungan faktor-faktor biopsikososial mempengaruhi roh/jiwa, dan kemudiannya roh/jiwa mempengaruhi tingkah laku, dan kemudiannya tingkah laku mempengaruhi kebahagiaan hidup.

Biologi, Psikologi dan Sosial –> Roh/Jiwa –> Tingkah Laku –> Kebahagiaan Hidup

Set 4:

9. Gabungan faktor-faktor biopsikososial mempengaruhi tingkah laku (dan hubungan ini dipengaruhi/dimoderasi oleh roh/jiwa), dan kemudiannya tingkah laku mempengaruhi kebahagiaan hidup.

                                          Roh/Jiwa

                                                      v

Biologi, Psikologi dan Sosial –> Tingkah Laku –> Kebahagiaan Hidup

10. Gabungan faktor-faktor biopsikososial mempengaruhi tingkah laku (dan hubungan ini dipengaruhi/dimoderasi oleh roh/jiwa), dan kemudiannya tingkah laku mempengaruhi roh/jiwa, dan kemudiannya jiwa mempengaruhi kebahagiaan hidup.

                                          Roh/Jiwa

                                                      v                                                  

Biologi, Psikologi dan Sosial –> Tingkah Laku –> Roh/Jiwa –> Kebahagiaan Hidup

Sintesis:

Apabila digabungkan semua set-set model di atas, maka lahirlah gambar rajah seperti yang di bawah menunjukkan betapa kompleksnya manusia yang mempunyai faktor-faktor biopsikososial, di samping faktor roh/jiwa dalam usaha mencapai kebahagiaan hidup dan dalam masa yang sama berlaku proses penyucian roh/jiwa yang berterusan.

Dalam erti kata lain, kebahagiaan itu boleh sahaja merujuk kepada hasil akhir masa depan (termasuk di akhirat) dan boleh juga merujuk kepada proses menjalani hidup bahagia masa kini. 

Mencapai Kebahagiaan Hidup Dari Perspektif Biopsikososial-Spiritual | IKRAM

“Sesiapa yang beramal soleh daripada lelaki atau perempuan sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkannya dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih daripada apa yang mereka telah kerjakan.” (Al-Quran, 16:97)

Walaupun Islam tidak menolak faktor-faktor biologi, psikologi dan sosial dalam mempengaruhi tingkah laku, faktor roh/jiwa tetap penting yang boleh meningkatkan atau melemahkan pengaruh biologi, psikologi dan sosial terhadap tingkah laku.

Ada dua contoh yang boleh digunakan untuk memahami pengaruh roh/jiwa terhadap hubungan antara faktor biologi dengan tingkah laku.

Pertama, Nabi Nuh a.s. mempunyai anak yang tidak mengikut jejak langkah bapanya dalam keimanan dan akhirnya tenggelam dalam banjir besar (Al-Quran, 11: 42-43); dan kedua, seorang bapa yang menyembah berhala tapi tidak mempengaruhi tingkah laku anaknya Nabi Ibrahim a.s. yang beriman kepada Allah SWT.

Ada dua juga contoh yang boleh digunakan untuk memahami pengaruh roh/jiwa terhadap hubungan antara faktor psikologi dan sosial dengan tingkah laku.

Pertama, isteri Nabi Nuh a.s. dan isteri Nabi Lut a.s. tidak beriman walaupun mempunyai seorang Nabi sebagai suami, dan kedua Asiah memilih untuk beriman walaupun mempunyai suami yang kafir dan jahat (Al-Quran, 66: 10-11).

Ini menunjukkan kepentingan roh/jiwa dalam mempengaruhi pelbagai dinamika faktor biologi, psikologi dan sosial terhadap tingkah laku.

Intervensi masalah psikologi

Apabila seorang ahli psikologi Islamik-saintifik ingin mereka bentuk intervensi untuk menyelesaikan masalah psikologi manusia, ataupun murabbi usrah ingin melaksanakan proses penyucian jiwa, pembentukan akhlak, atau pendakwah ingin menjinakkan hati orang yang didakwahkan, ia perlu kepada tiga elemen:

1. Masa lepas: Mendapatkan sejarah pengalaman kerohanian/kejiwaan dan faktor-faktor biopsikososial individu tersebut pada masa lepas.

2. Masa kini: Mengenal pasti tingkahlaku positif masakini untuk diperkasakan dan tingkah laku negatif masa kini untuk dikurangkan/dikawal.

3. Menggabungkan kedua-dua maklumat di atas untuk mereka bentuk intervensi dan terapi yang berasaskan kerohanian/kejiwaan, tapi turut mengawal faktor-faktor biopsikososial untuk mewujudkan roh/jiwa yang lebih damai dan bahagia pada masa depan.

Moga model ini mampu membantu masyarakat yang lebih cenderung mencari-cari kebahagian dalam bentuk hedonik yang bersifat materialistik hingga mengabaikan kebahagiaan eudaimonik yang lebih memberi makna kepada kehidupan yang hakiki.

Ke arah psikologi yang profesional, saintifik dan Islamik.

 

Dr Alizi Alias
Pengerusi
Psikospiritual IKRAM (P.S.I)

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia