Ke mana hilangnya budi bahasa anak muda?

Ke Mana Hilangnya Budi Bahasa Anak Muda

Budi bahasa budaya kita. Itu adalah antara slogan yang sering kali kita dengar dalam merujuk kepada kepentingan mengamalkan budi bahasa yang baik.

Ayat yang digunakan dalam slogan ini terlalu mudah untuk difahami sehinggakan tidak perlu kepada analisis yang mendalam daripada mana-mana pakar bahasa. 

Namun, adakah semudah itu juga pelaksanaannya? Pastinya tidak. Hal ini kerana ramai antara golongan muda pada hari ini dilihat sudah mula melupakan nilai-nilai dan budi bahasa yang baik dalam kehidupan seharian mereka.

Tambah pula dengan kehadiran platform media sosial kini, ahli masyarakat dilihat begitu bebas untuk mengatakan apa sahaja yang diingini tanpa ada batasan. 

Pepatah Melayu ada menyatakan, jadilah seperti padi, semakin berisi semakin menunduk. Dan bukannya seperti lalang, semakin tua semakin tegak menjulang. 

Apabila kita bercakap mengenai adab dan budi bahasa, ramai antara kita yang menganggapnya sebagai sesuatu yang hanya akan dipraktikkan apabila pulang ke kampung halaman ataupun ketika bercakap dengan individu yang lebih tua daripada kita.

Namun adab sebenarnya jauh lebih besar daripada itu. Budi bahasa adalah perbuatan yang baik yang kita lakukan kepada orang lain demi menjaga hubungan baik antara sesama manusia.

Namun, jika kita lihat pada situasi masa kini, ramai antara kita yang mengambil mudah tentang budi bahasa. Mereka lebih mementingkan diri mereka sendiri tanpa menyelitkan perasaan simpati apatah empati terhadap orang lain. 

Mereka menyatakan bahawa mereka hanya inginkan kebebasan bersuara dan melakukan perkara-perkara yang mereka anggap betul, namun sebenarnya banyak perkara yang mereka lakukan telah mengguris banyak hati-hati yang tidak berdosa.

Budi bahasa sebenarnya tidak sukar untuk dipraktikkan. Ia hanya perlu dilakukan berulang-ulang kali sehingga menjadi tabiat yang baik.

Hal ini kerana, individu yang berbudi bahasa akan sentiasa disenangi oleh orang lain. Selain daripada itu, kehidupan mereka yang berbudi bahasa akan lebih bahagia kerana sentiasa mengamalkan kehidupan yang positif dan baik.

Berikut adalah pengaplikasian budi bahasa yang dapat dijadikan contoh sebagai seorang mahasiswa-mahasiswi:

1. Kaedah menghantar mesej Whatsapps kepada pensyarah:

i) Beri salam – Assalamualaikum Dr., Sir, Madam atau Ms.

ii) Nyatakan nama penuh.

iii) Nyatakan kelas.

iv) Beritahu tujuan mesej dihantar.

v) Ucapkan terima kasih.

Nota: Pastikan pelajar mengikut masa yang telah ditetapkan oleh pensyarah sewaktu menghantar mesej Whatsapps tersebut.

2. Pertemuan dengan sesiapa sahaja (dalam pelbagai situasi): 

i) Pandang wajah individu yang kita bertembung.

ii) Berikan senyum yang paling ikhlas (bayangkan kita terserempak dengan tetamu VVIP yang sangat kita kagumi).

iii) Berikan ucapan salam dengan jelas.

iv) Dengar apa yang ingin disampaikan dengan fokus.

v) Mohon diri dengan kata-kata yang sopan jika perlu tinggalkan perbualan dengan segera.

3. Sewaktu berada di tempat makan:

3.1 Penjual makanan

i) Beratur sewaktu hendak membeli makanan.

ii) Menggunakan panggilan yang sesuai kepada penjual makanan.

iii) Tidak menipu kuantiti makanan yang telah diambil.

iv) Ucapkan terima kasih setelah pembayaran dibuat.

Nota: Pembeli boleh menyatakan akad jual beli untuk menambahkan keberkatan kepada makanan yang telah dibeli. Akad tersebut adalah:

Penjual: Saya jual ya makanan ini.

Pembeli: Ya, saya beli.

3.2 Meja makan

i) Duduk di meja makan dengan baik.

ii) Makan dalam keadaan yang sopan dan tidak tergopoh-gapah.

iii) Tidak meletakkan sisa makanan di atas meja (jika perlu mengasingkan tulang atau sisa makanan, boleh diletakkan di sudut pinggan atau dilapik atas tisu jika hendak dibuang atas meja.

iv) Sebelum meninggalkan meja, pastikan tidak ada sisa makanan yang tertinggal. Lap dengan tisu jika terdapat sebarang kotoran di atas meja.

v) Buang sisa makanan di dalam tong sampah yang telah disediakan.

vi) Letakkan pinggan, mangkuk, sudu, garfu, gelas minuman di tempat yang telah disediakan.

Perkara di atas adalah antara contoh mudah yang dapat dilakukan dalam mengaplikasikan budi bahasa dalam kehidupan seharian kita. 

Sebenarnya banyak lagi aspek yang boleh dijadikan contoh kerana setiap hari kita akan berkomunikasi dengan individu lain.

Semoga sedikit perkongsian di atas dapat dijadikan tauladan dan membantu semua ahli masyarakat dalam menjadi ahli komunikasi yang hebat dan memberikan manfaat kepada individu lain, insya-Allah.

 

Nurul Nisha Mohd Shah
Pensyarah Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM Negeri Sembilan

Mohd Radzman Basinon
Jurulatih Komunikasi Audio Visual, Sixtysix Action Academy

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia