SERI KEMBANGAN – Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCARE) mengambil inisiatif membantu Pusat Darah Negara (PDN) dengan menganjurkan Kempen Derma Darah bagi memastikan stok bekalan darah tidak mengalami kekurangan.
Dengan menderma darah, ia akan dapat menyelamatkan sekurang-kurangnya tiga nyawa manakala pada masa yang sama juga seseorang itu dapat menikmati kemudahan rawatan percuma pesakit luar daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Pandemik COVID-19 telah menyebabkan gaya hidup ‘new normal’ yang mengakibatkan bekalan simpanan darah negara mengalami kekurangan darah yang kritikal kesan keterbatasan program derma darah,” ujar MyCARE.
Justeru, MyCARE menjemput semua yang berminat untuk membantu pihak Pusat Derma Darah (PDN) untuk memenuhkan stok bekalan darah pada Rabu, 30 Mac 2022.
Penderma dijemput mendaftar program tersebut di pautan https://bit.ly/regDermaDarah.
Peserta perlu hadir pada tarikh tersebut ke Ibu Pejabat MyCARE di alamat No. 9, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah, Seri Kembangan dengan lokasi GPS https://goo.gl/maps/tNsV2SJyBdJmA9bn8.
Para peserta diingatkan agar mematuhi SOP COVID-19 seperti menjaga jarak, memakai pelitup muka dan lain-lain.
Dalam pada itu, MyCARE turut menjalankan beberapa kempen pada bulan ini iaitu Kempen Bulan Anak Yatim dan Kempen Kemanusiaan Afghanistan. Untuk info lanjut, sila layari Facebook dan laman web MyCARE.