Harraz Haziq juara Silat Olahraga Jemputan Kebangsaan

TEMERLOH – Buat julung kalinya murid Sekolah Rendah Islam Hidayah (SRIH) Batu Pahat, Harraz Haziq, 9, muncul juara dalam Kejuaraan Silat Olahraga Jemputan Kebangsaan 2021 kali ke-3 baru-baru ini.

 

Beliau memenangi kategori Terbuka Usia Dini A Putra (22-24 kg) 9-10 tahun dalam kejuaraan yang berlangsung di Dewan One Touch Futsal, Lurah Semantan di sini pada Selasa.

 

Kejuaraan tersebut telah dianjurkan oleh Persatuan Silat Cekak Harimau Malaysia (PSCHM) selama empat hari bermula 30 Januari hingga 2 Februari 2022.

 

Harraz, murid Tahun 2 FQ yang mewakili negeri Johor itu mengekalkan prestasi cemerlang dalam setiap perlawanan yang disertainya.

 

Beliau seterusnya berjaya mara ke peringkat akhir dan menewaskan lawannya hingga melayakkannya membawa pulang pingat emas bagi kategori itu.

 

Lebih 500 peserta hadir dari seluruh tanah air untuk menyertai kejuaraan yang diadakan sempena 40 tahun penubuhan PSCHM dan buat pertama kalinya diadakan semenjak pandemik Covid-19.

 

Majlis penutup kejohanan disempurnakan oleh Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Seri Norolazali Sulaiman.

 

Tahniah kepada adik Harraz Haziq atas kemenangan ini, juga seluruh pasukan serta ibu bapa yang memberi dukungan.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia