SERI KEMBANGAN – Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, seramai empat juta pelajar sekolah rendah dan menengah seluruh negara memulakan sesi persekolahan bagi penggal ketiga 2021/2022.
“Ia melibatkan 1.2 juta pelajar daripada kumpulan A yang memulakan sesi persekolahan pada Ahad manakala 2.8 juta pelajar membabitkan kumpulan B pada hari ini.”
Sekolah Kumpulan B ialah sekolah di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Selangor.
“Negeri Selangor, seramai 473,816 pelajar seluruh negeri itu memulakan persekolahan melibatkan 264,201 pelajar sekolah rendah manakala 446,816 merupakan murid sekolah rendah termasuk prasekolah,” ujarnya.
Dalam pada itu, beliau berkata senarai sekolah yang masih belum dibuka susulan terkesan akibat banjir akan dikemas kini setiap Rabu, bagi membolehkan sekolah terlibat memulakan pengoperasian pada minggu seterusnya jika sudah bersedia.
“Setiap Rabu kita akan mengemas kini senarai tersebut, apabila sekolah itu keluar daripada senarai, maknanya pada Ahad atau Isnin (minggu seterusnya) boleh dibuka bergantung sama ada mereka berada dalam kumpulan A atau B.
Namun pada masa sama, keadaan dan situasi banjir ini amat dinamik.
“Sesebuah sekolah itu boleh dibuka, tiba-tiba air naik dan itu secara automatik (sekolah ditutup) dan tindakan awal akan diambil khususnya untuk maklumkan pada ibu bapa (berhubung penutupan sekolah),” katanya.